Wednesday, April 8, 2009

My reality life...



Salam... disini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang diri saya... Saya berasal dari Selangor.. dilahirkan di Hospital Tuanku Rahimah Klang.. kenangan yang saya tidak dapat lupakan ialah semasa saya bersekolah di SSBP Sekolah Sukan Sukan Bandar Penawar dari tingkatan 1 hingga 5... Banyak dugaan dan cabaan yang semua ini mengajar saya erti kehidupan.. Sekolah saya terletak di Kota Tinggi,Johor berdekatan dengan pantai Desaru... Perjalanan dari rumah saya ke sekolah saya mengambil masa 9 jam menaiki bas dan ini membuatkan saya balik kerumah saya pada cuti persekolahan sahaja jika tiada tournament.. Saya terpaksa mengambil 2 trip perjalanan bas untuk ke sekolah saya... Saya juga merupakan pengawas dan juga ketua pengawas sekolah semasa saya tingkatan 5,terkejut la juga semasa terpilih jadi ketua pengawas time tu sebab ingatkan rakan saya Hafiz yang juga rakan saya dari Kolej Instedt yang dapat sebab saya rasa dia lagi ok.. tapi pemilihan perbincangan dibuat oleh semua guru-guru termasuk pengetua.. pernah saya bertanya kepada PK Akademik time tu kenapa saya terpilih jadi ketua pengawas sedangkan rakan saya lagi ok.. saya diberikan kepercayaan oleh guru-guru.. mereka kata saya mempunyai rekod bersih di sekolah ini dan beberapa faktor yang lain yang membuatkan guru-guru memilih saya.. dengan itu jadilah saya sebagai ketua pengawas SSBP bagi tahun 2007... serba sedikit tentang sukan saya di SSBP,saya merupakan atlit olahraga dan acara yang saya ambil adalah lari berpagar... Jurulatih saya yang pertama semasa di sana ialah Sir Selava iaitu jurulatih dari Russia.. selepas saya naik 16 tahun saya bertukar jurulatih kepada Coach Badrul iaitu jurulatih Malaysia,ini kerana Singapura mengambil coach saya yang dulu Sir Selava untuk dijadikan jurulatih disana.. Perbezaan diantara kedua-dua coach ini ialah Sir Selava lebih kepada teknik dan endurance manakala Coach Badrul lebih kepada speed dan endurance.. Saya training pada pukul 7 sampai 8.30pagi.. Selepas itu saya sarapan dan bersiap2 untuk kesekolah pada jam 9.30pagi mula.. saya habis tamat pembelajaran di sekolah pada pukul 3.30 petang dan lunch sedikit kerana pukul 5 ptg start sesi training petang.. Kehidupan di SSBP banyak mengajar saya erti kehidupan yang bermakna kerana jauh dari orang tersayang... kawan merupakan salah satu aset penting saya disana,syukurlah saya mempunyai rakan-rakan yang membimbing bukan perosak.. Dan selepas tamat persekolahan saya di SSBP saya menyambung training saya di Selangor dengan Coach Zul yang juga jurulatih 400m Malaysia.. Selepas itu saya mendapat tawaran untuk belajar di UITM Shah Alam dalam course pengajian sukan selepas pemilihan di buat di UITM sebelum itu.. Di UITM lah bermulalah kisah2 negetif saya kerana saya mendapat rakan yang bermacam-macam karenah dan ini juga telah mempengaruhi saya.. Saya satu bilik dengan Muizzudin dan Hafiz MatLeh yang merupakan rakan satu course dan 5 orang yang berlainan course.. semasa saya semester satu pointer saya teruk dan mengganggu pemikiran saya.. ingatkan tak mahu sambung lagi,tetapi dengan nasihan daripada mak saya...saya sambung lagi.. Semasa semester 2 pula saya terpaksa duduk di rumah kerana bilik saya sorang sahaja memandangkan yang lain tidak sampai.. lagi pun saya memang nak duduk di rumah kerana mak saya tinggal seorang sahaja.. saya berharap agar semester 2 saya di UITM ini dapat meneruskan saya lagi ke semester yang seterusnya.. gambar diatas sempat saya ambil semasa saya sembahyang di Masjid Putrajaya... sekian daripada saya...

No comments: