Tuesday, February 24, 2009

Kayaking start..

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.. Saya menyuruh rakan-rakan saya supaya berkumpul di stor lama pada jam 6.30 pagi untuk mengangkat barang.. Ini kerana lori yang kami tempah akan tiba pada jam 7 pagi dan saya tidak mahu menghampakan abang pemandu lori ini kerana dia ada tugas selepas itu.. Pada pukul 6.30 kami berkumpul di stor lama untuk membawa barang kayak ke tempat yang sepatutnya bagi memudahkan proses mengangkat barang ke dalam lori.. Tepat jam 7 pagi melakukan kerja-kerja kami dengan teratur berpandukan jadual yang saya sediakan.. Aktiviti ini berjalan dengan lancar berpandukan arahan daripada En.Hisyam dan rakan-rakannya.. kami pulang tepat pada masa berpandukan jadual dan selepas itu saya dan rakan-rakan pergi ke stor lama untuk memulangkan dan mengemas membersihkan barang-barang yang kami pinjam.. tepat jam 5.30 petang kami tamatdan pulang.. sekian..

Monday, February 23, 2009

Transpot report..

Pada hari ini dalam pukul 3 petang saya dan rakan saya Ayed pergi ke unit kenderaan untuk bertanyakan laporan kami untuk kenderaan.. Sebelum kami pergi ke unit kenderaan rakan saya Muizzuddin dan juga biro kenderaan yang membantu saya memberitahu yang bas yang membawa kami ada tetapi lori tiada.. semasa itu saya berada di Dewan Sri Budiman bagi menhadiri majlis pelancaran hari bertemu palangan.. Selepas menghadiri majlis itu kebetulan saya bertemu dengan ketua unit kenderaan di khemah unit kenderaan dan bertanyakan mengenai masalah yang kami hadapi ini kerana esoknya kami akan bertolak sudah.. En itu memberitahu bahawa dia akan membantu saya dan menyuruh saya datang ke unit kenderaan untuk bertanyakan masalah kenderaan lori kami.. Syukurlah kerana masalah lori kami dapat diselesaikan dengan bantuan pihak unit kenderaan dan pemandu yang akan membawa kami dan peralatan kami nanti.. kerana masalah yang kami hadapi ialai ketiadaan pemandu untuk membawa lori.. sekian..

Saturday, February 21, 2009

Pergi Balai Polis..

Pada hari ini saya dan rakan saya Ayed pergi ke Balai Polis.. Pada mulanya saya pergi ke Balai Polis seksyen 6 dan akan polis yang bekerja disana bahawa mereka tidak menguruskan berkenaan dengan Taman Tasik dan memberitahu supaya pergi ke Balai Polis seksyen 11.. Selepas mendapat tahu ini saya dan rakan saya terus pergi ke sana dan malangnya kami dilayan tidak sepatutnya.. Ceritanya sebegini setibanya saya dan rakan saya sampai di sana,kami terus ke ibu pejabat balai polis itu dan saya memberikan salam kepada seorang akak polis ni..salam pertama dia tidak jawab.. saya ingatkan kemungkinan akak ini tidak dengar dan saya sekali lagi memberikan salam dengan nadar suara yang sepatutnya didengar dan berhadapan dengan dia.. dan akak itu sekali lagi tidak menjawab.. Saya bertanyakan mengenai cara-cara untuk membuat persediaan polis membuat rantauan semasa kami berkayak nanti.. dengan nadar yang selamba memek muka tidak puas hati akak polis ini menjawab sila datang pada hari isnin.. Mendengar kata-kata itu saya dan rakan saya terus keluar dari balai polis itu.. benganag je..

Friday, February 20, 2009

Pergi stor lama..

Pada hari Khamis,19/02/2009... Saya dan sesetengah rakan saya pergi stor lama untuk cek barang kayak tetapi ditangguhkan pada keesokkan harinya kerana abang yang sepatutnya menjaga barang-barang di stor iaitu Abang Safwan tidak hadir kerana dia ada perjumpaan.. dan pada masa yang sama saya contact MBSA untuk mendapat kepastian mengenai surat pemohonan kami dan akak yang jaga disana memberitahu yang surat pemohonan saya sudah diluluskan dan telah diposkan ke fakulti kami.. Pada hari Jumaat,20/02/2009.. selepas Solat Jumaat kami berkumpul dalam pukul 3 hingga 6 saya pergi ke stor lame bersama-sama dengan sesetengah rakan saya untuk mengemas barang kayak untuk dibawa semasa aktiviti berkayak kami nanti.. dan semua peralatan yang akan kami bawa nanti semuanya baik dan berjalan dengan lancar.. tanang sikit saya semuanya berjalan dengan lancar.. sekian..

Wednesday, February 18, 2009

Abseiling dan seterusnya mah..




Salam.. Pada pukul 8.30 pagi saya dan rakan-rakan saya tak sabar hendak melakukan aktiviti abseiling yang juga merupakan aktiviti gantian untuk kayak yang ditangguhkan pada minggu depan.. Selepas mempelajari cara-cara abseiling pada kelas teory semalam,kami tidak sabar menjalankan aktiviti ini.. Aktiviti ini dijalankan di Bukit Tonggek UITM.. Pada masa yang sama En.Hisyam menerangkan dan menunjukkan alatan-alatan yang sepatutnya ada semasa menjalankan aktiviti ini.. seperti harness,figure on eight,tali static,halmet,sling,glove,tali dynamic,carabiner dan ascender.. Kami menjalankan aktiviti ini mengikut 3 kumpulan.. Saya merupakan peserta pertama didalam kumpulan saya yang menjalankan aktiviti ini.. kami dikehendaki turun dengan bentuk L supaya lebih selamat... Selepas seronok menjalankan aktiviti dan menamatkan aktiviti ini saya pergi ke unit kenderaan bersama-sama dengan Is untuk mengambil borang kenderaan lagi.. Dan mengambil tanda tangan En.Hisyam bagi pengesahan alatan dan kenderaan UITM.. Kami terpaksa mengambil tanda tangan Timbalan Dekan kami untuk pengesahan kerana mereka hanya ingin kelulusan daripada Dekan atau Timbalan Dekan.. Selepas ambil itu kami terpaksa tangguhkan perjalanan kami ke Unit kenderaan kerana waktu pejabat sudah tutup.. Pada keesokkan harinya pula selepas kelas gymnastic,saya pergi Unit kenderaan semula untuk selesaikan masalah kenderaan.. Selepas selesaikan masalah kenderaan saya settle kan buku log saya.. sekian..

Sunday, February 15, 2009

Lega hati.......

Salam... di sini sya ingin menyatakan betapa leganye hati saya selepas selesai aktiviti kayak yang diadakan pada semalam... banyak kerja rintangan yang saya tempuhi untuk menyelesaikan aktiviti ini dengan jayanya... saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang ada membantu saya dalam menyiapkan kerja-kerja ini.. tidak lupa juga kepada abang Safwan dan pihak unit kenderaan yang memahami dan dapat bekerjasama dengan saya.... Terima kasih juga kepada pensyarah kami En.Hisyam Che Mat yang membantu saya dan rakan-rakan saya dalam menyiapkan kerja-kerja kayak ini... Tampa bantuan daripada semua pihak sudah tentu kerja ini akan menjadi lambat dan kemungkinan besar tidak dapat dilaksanakan... Sekian...

Program-program..

Pada 10/2/2009,pada keesokan harinya saya balik dari first camp.. Saya pergi ke Pusat Kesihatan untuk membuat rawatan dan didapati saya menjadi suspek denggi.. saya di kehendandaki berjumpa dengan doktor pada setiap hari untuk mengambil darah bagi mproses pemulihan.. Selepas pergi ke Pusat Kesihatan saya pergi ke fakulti saya untuk mengambil surat pemohonan untuk ke MBSA untuk menempah tempat di Taman Tasik Shah Alam bagi tujuan berkayak.. Selepas itu saya terus ke Bangunan MBSA berjumpa dengan pihak yang sepatutunya.. Kami semua menjalankan aktiviti berkayak ini pada 17/2/2009.. Pada 11/2/2009 pula selepas rakan saya habis dari kelas gymnastic saya berjumpa dengan mereka untuk menerangkan perjalanan aktiviti berkayak ini dan tugas-tugas yang sepatutnya mereka lakukan.. Pada 13/2/2009 pula saya diarahkan untuk menukar tarikh berkayak kami kerana En.Hisyam menyatakan bahawa kami kesuntukan masa menjalankan program ini.. Saya pergi ke MBSA semula bagi menukar tarikh dan tarikh yang kami akan jalankan aktiviti berkayak ini adalah 24/2/2009 yang merupakan juga birthday saya.. dan hujung minggu saya pada masa ini selepas saya menjalankan pertandingan persak,mewakili kokurikulum bomba bersama-sama dengan rakan saya Ayed dari fakulti yang sama,saya pulang ke kampung halaman saya Sungai Besar..

Monday, February 9, 2009

Final day of Cerakah..

Seperti biasa kami bangun Solat Subuh.. Selepas itu buat aktiviti Malaysia Cergas tetapi aktiviti ini tidak dapat dijalankan oleh saya dan beberapa rakan lain yang sakit.. Seronak melihat mereka menjankan aktiviti tetapi apakan daya badan saya,kepala saya masih lemah.. Lepas menjalankan aktiviti ini kami sarapan dan menjalankan aktiviti mengikut kumpulan dan aktiviti terakhir kami adalah orienteering.. tetapi sakitnya saya tidak dapat menjalankan aktiviti ini dan dikehendaki rehat didalam khemah.. Selepas selesai semua menjalankan aktiviti kami dikehendaki lunch mengikut kumpulan dengan segera kerana hendak pulang.. Lepas lunch kami diberikan 10minit untuk packing barang.. dan seterusnya 30minit untuk kemas semua khemah dan semua barang dibawa ke lori.. Akiviti akhir kami di sini adalah seperti biasa majlis penutup.. Lepas itu kami balik ke UITM dan ke stor kami untuk simpan barang seperti biasa.. Selepas itu kami bersalaman dengan semua orang dan tepat jam 7.30 kami balik.. Bermacam macam pengalamam yang saya dapat semasa di kem ini seperti tepati masa, bertidak mengikut arahan, bagaimana rasanya berada di pihak yang tidak nampak, kerjasama diantara semua pihak dan bermacam-macam lagi.. walaupun saya sakit.. sekian..

Sunday, February 8, 2009

Second day of Cerakah

Hari kedua camping kita orang,kena bangun pukul 6.00 untuk siap sedia mandi dan bersiap untuk Solat Subuh.. Selepas Solat Subuh kita orang didengarkan dengah ceramah Subuh,selepas itu kita orang menjlankan aktiviti malaysia cergas,iaitu senaman aerobik.. Selepas itu kami sarapan,dan kumpulan kami ditugaskan membuat sarapan.. Sarapan pagi yang kami sediakan ialah roti disaluti dengan perisa kaya.. dengan air milo.. Selepas makan kami dikehendaki menjalankan aktiviti meengikut kumpulan dan kumpulan kami dikehendaki menjalankan aktiviti camp craft.. dalam aktiviti ini kami dikehendaki menyelesaikan khemah-khemah yang masih belum sepenuhnya sempurna.. seperti khemah dapur,kami buat dinding.. khemah peralatan kami buat pintu.. kami bersihkan persekitaran tempat khemah.. dan siapkan lunch untuk semua orang.. dan lunch yang kami sediakan ialah nasi lauk telur masak sambal,sayur kangkung.. buah tembikai.. dan air sirap.. selepas selesai semua kumpulan menjalankan aktiviti masing-masing,kami semua lunch.. dan Solat Zohor.. Selepas Solat Zohor kami sambung aktiviti kami yang seterusnya iaitu blind trail.. Aktiviti ini mengajar saya erti kesempurnaan dan kesyukuran nikmat yang diberi walaupun mata saya rabun dan saya masih lagi nampak.. bagaimana pula dengan mereka yang tidak nampak.. mereka yang buta.. betapa susahnya mereka meneruskan kehidupan mereka... dan saya amat berbangga sekali kepada mereka yang tidak nampak tetapi mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi seperti didalam pelajaran.. dan ini telah terbukti.. Selepas menjalankan aktiviti ini kami mandi bersihkan diri.. Solat Asar dan minum petang.. Selepas itu kami Solat Maghrib baca Yasin dan dinner.. Pada masa ini lah badan saya rasa sangat lemah sakit-sakit,panas,sakit kepala dan rasa nak tumbang.. dan saya memberitahu kepada flesi pasal kesakitan saya dan mereka suruh perlahan-lahn jalankan aktiviti.. Selepas itu kami berkumpul di dalam surau Bukit Cerakah untuk mendengar ceramah pasal knoting,first aid,alat pemadam api,triangular bandage.. Pada masa ini jugalah saya dah tidak tahan dengan apa yang saya rasa kerana sangat lemah dan saya rasa macam tidak dapat kawal fikiran saya berfikir.. Saya memberitahu flesi Mubin yang juga baik dengan saya apa yang saya rasa.. dan dia suruh berehat dibelakang untuk rawatan.. Selepas itu saya dan beberapa rakan saya yang sakit dibawa En.Firdaus menaiki van ke klinik Anis di seksyan 2 untuk rawatan.. Selepas diberikan rawatan dan ubat,kami pulang dan selepas aktiviti ceramah habis tiba-tiba je kami semua kena randam dekat kolam lintah oleh En.Firdaus.. dah lah tengah malam sejuk,sakit lagi.. tahan jelah.. ini semua disebabkan sikap diantara kami yang tidak disukai En.Firdaus.. Lepas kena rendam kami bersihkan diri dan diberikan tidur dan dikenakan jaga khemah mengikut kumpulan dan mengikut masa yang berasingan.. sekian..

Saturday, February 7, 2009

First camp started.... first day..

Hari pertama kami.. pkol 6 pagi bangun packing barang angkat barang-barang yang dikehendaki dan pergi ke Masjid untuk solat Subuh.. Selepas itu saya terpaksa pergi ke pasar seksyen 6 untuk ambil barang mentah bersama-sama dengan Eddie,Darlene dan seorang flesi iaitu kak Aishah.. Kami beli ikan,ayam,sayur dan buah-buahan bagi melengkapkan makanan kami semasa camping.. Tepat jam 8 pagi kami sampai di Perindu untuk berkumpul dengan budak-budak semua termasuk budak-budak dari instead.. 8.30 pagi kami sarapan dan bertolak ke Bukit Cerakah dan pkul 9 pagi kami sampai.. Kami semua angkat barang-barang ke camp site dan pasang khemah-khemah mengikut kumpulan yang telah diberi.. Saya dan group saya pasang khemah dapur.. Setelah selesai pasang semua khemah kami dibahagikan khemah penginapan mengikut nama-nama yang telah diberi.. Tepat jam 1.45 tengah hari kami solat Zohor dan baca Yasin bagi mengelakkan sebarang parkara tidak diingini berlaku.. dan Yasin ini juga ditujukan kepada Akak En. Hisyam yang telah pergi ke Ramatullah.. Selepas selesai baca Yasin kami lunch dan berkumpul mengikut kumpulan kami bagi menjalankan aktiviti pertama kami mengikut kumpulan.. Group kami dikehandaki malakukan navigation atau dikenali sebagai navigasi... kumpulan kami seramai 12 orang dan dikehendaki dibahagikan 2 sama rata bagi menjalankan aktiviti ini.. Setelah dibahagikan sama rata kami terpaksa meredah hutan mengikut kumpulan yang diberi dan dikehandaki memilih tempat yang sesuai untuk dijadikan place point dengan menggunakan compass dan distant yang dibuat.. Selepas kami siap buat place point kami dikehendaki mencari place point bagi rakan kumpulan kami yang lagi satu.. Selepas selesai kerja kami dan melaporkan sudah tamatnya kerja kami kepada En.Firdaus kami solat Asar,mandi dan bersiap sedia untuk dinner dan solat Maghrib.. Seleaps selsai semua itu kami dataran berkumpul untuk memulakan aktiviti ais breaking dan selepas itu memulakan aktiviti night road.. Aktiviti night road ini dilakukan mengikut arahan yang diberikan.. kata kunci bagi night road ini adalah lori tua.. dan kami hendaklah ingat kata kunci ini untuk dikatakan semasa tamatnya aktiviti ini.. sekian..

Friday, February 6, 2009

Kawan tak kawan...

Hari inilah saya terpaksa menyatakan perkara yang sebenar.. Setelah abis kelas pagi saya pergi ke MBSA untuk mengetahui cara-cara bagi meminjam taman tasik bagi tujuan berkayak yang kami akan adakan.. selepas selesai mengetahui cara-cara untuk meminjam tempat berkayak saya balik rumah packing barang untuk ke camping dan pergi solat Juamaat.. Selepas habis solat Juamaat saya pergi Perindu ambil Haiqal untuk mengambil generator.. Sampai di kedai generator itu tokei kedai tu bagitahu yang orang yang repair generator kami dalam perjalanan ke kedai itu.. Sementara menunggu generator sampai.. tibalah masa yang ditunggu-tunggu tiba-tiba pulak Haiqal bong nak pinjam duit saya,nak makan.. tak bawa duit ke mamat ni panas pulak hati ni... semalam cakap duit minyak ada,sekarang apa cerita.. Selepas selesai ambil generator kami balik ke stor untuk bagi generator.. Sebelum kami sampai haiqal bong bagi saya duit untuk isi minyak,tak tahulah mana dia dapat duit tu... hahaha... faham-faham sudah.. Pada malam nya pulak saya kena ambik makanan dengan Eddie untuk budak-budak dan flesi yang pergi ke camp.. Sebelum pergi kami menginap di surau Kenanga dan dikehendaki berjaga mengikut group kami bagi mengelakkan kecurian.. sekian..

Thursday, February 5, 2009

Cerakah lagi...



Pada pkul 10 pagi saya buat kerja kayak yang sepatutnya dilakukan olah saya... Selepas itu dalam pukul 12.30 tengah hari saya pergi ke stor untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan bantu mengemas alatan untuk dibawa di perkhemahan kami nanti.. Pada masa yang sama saya terpaksa bergegas ke Bukit Cerakah bersama-sama dengan rakan saya Azrai,Afiq,Darlene,Saufi dan 5 orang flesi.. sempatlah saya dan darlene amik peta gambar kawasan persekitaran Bukit Cerakah.. Kami border tempat yang kami hendak pakai dan kami telah melaksanakannya dengan baik cuma terdapat sedikit kesalahan pada pertengahan border kami.. Selepas selesai tugasan kami.. Saya,Azrai dan Afiq pergi ke kedai hardware untuk mencari tali kambing... dan sebelum pergi ke kedai hardware kami pergi ke plaza Alam Sentral untuk mencari kain gelap untuk digunakan semasa aktiviti nanti.. Pada masa inilah saya dan rakan-rakan saya panas kerana belum sempat ke kedai hardware lagi kawan-kawan kami yang berada di stor suruh kami balik dengan segera atas arahan flesi.. Kami terpaksa pergi ke kedai hardware memandangkan kami dalam perjalanan ke sana.. setelah selesai beli tali kambing kami segera ke stor dan setibanya kami di stor... tiba-tiba pulak saya kena marah dengan flesi kerana lambat sampai,bengang di hati tidak sapa yang tahu saya sabar... nak kata apa dah la kena pergi bukit cerakah pas tu cari barang,balik-balik kena marah... KO GERAK DULU ralax jelah... dapat tahu pulak ke esokkan harinya kena guna kereta saya untuk amik generator.. Bengang lagi sebab ashik guna kereta je,minyak pakai duit sendiri pulak.. BANYAK DUIT saya terpaksa bagitahu Haiqal yang conduct bahagian generator kalau nak pakai kereta kena ada duit minyak.. bukan apa kalau setiap kali nak pakai kereta tuan punya kereta kena isi minyak sendiri,tokey balak pun bankrupt.... kalau kerja boleh juga support.. sekian..

Wednesday, February 4, 2009

Putrajaya mari...



Salam, pada hari ini selepas settle kan generator saya dan afiq pergi ke Putrajaya untuk membuat laporan sijil untuk perkhemahan kami... tetapi malangnya pada hari itu orang yang hendak kami cari tidak ada... penat-penat datang tak ada pulak kan... nasib baik ada sorang abang yang bekerja di bahagian yang sama dapat membantu kami.. syukurlah... kami selesaikan urusan kami tepat pada waktunya dan pulang dengan menaiki motor.. gambar di atas sempat di ambil oleh saya ketika berada di Banguanan Kementerian Belia dan Sukan..

Bateri weak...

Pukul 11 pagi saya pergi Klang repair generator,saya pergi dengan haikal bong.. Tapi hari ni yang paling penat sekali sebab dua kerja saya kena buat... Lepas hantar generator dekat kedai rapair saya kena pergi Putrajaya pula temankan Afiq bod pergi buatkan sijil tahap satu dekat Pejabat Kementerian Belia dan Sukan.. Nasib baik saya ada pak cik kenalan dekat Putrajaya sana senang sikit perjalanan nak ke sana.. Sampai je dekat sana tiba-tiba pula orang yang nak dijumpanye akak Huda dah berhenti kerja.. syukurlah ada mak cik Afiq yang kebetulan kerja dekat Kementerian Belia dan Sukan.. Mak cik Afiq bawa kami berjumpa dengan pihak yang sepatutnya untuk berurusan.. Setelah selesai berurusan kami pulang dengan hati yang tenang tetapi kami terpaksa bergegas ke kelas Bel iaitu kelas Puan Mastura pada pukul 4.00 petang... Saya terpaksa mengejar masa untuk ke kelas Puan Mastura walaupun lambat setengah jam.. Hari ini adalah hari yang paling penat bagi saya kerana perjalanan kami ke Putrajaya pergi balik mengambil masa 5 jam setengah menaiki motosikal,tak termasuk masa repair generator.. dan termasuk dengan latihan persak pada malamnya pula.. hhhmmmmm.... sekian...

Tuesday, February 3, 2009

Orienteering..

Assalamualaikum,kita bertemu semula dengan topik yang berlainan.. Pada hari Isnin dan Selasa,2 dan 3/2/2009.. Kami telah belajar cara-cara orienteering iaitu dalam bahasa melayunya bermaksud aktiviti sukan yang berpandukan peta dan kompas.. Saya telah mempelajari cara-cara menggunakan kompas dan peta dengan betul.. Ini semua adalah bagi menentukan arah tempat bagi sesuatu kawasan sekiranya kita sesat atau melakukan aktiviti didalam hutan.. sekiranya kita tidak mahir dalam malakukan orienteering ini bermakna susuh bagi kita untuk keluar dari sesuatu kawasan.. Pada masa yang sama kami telah membahagikan kumpulan sama rata untuk melakukan aktiviti orienteering ini.. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli dan ahli bagi kumpulan saya ialah saya,Nor Farah dan Alif.. dan nama bagi kumpulan kami adalah Rocky Marciano.. Pada mulanya setiap kumpulan dikehendaki meletakkan arah tuju bagi setiap tempat yang mereka kehendaki.. Arah tuju tempat itu hendaklah diletakkan mengikut arah kompas yang kita hendak dan jarak yang kita mahu.. Selepas melakukan aktiviti ini kami dikehedaki melaporkan tempat yang kami lakukan kepada En. Hisyam mengikut arah kompas dan jarak yang kami ambil.. Seterusnya En.Hisyam telah memilih kumpulan yang berlainan untuk kami mencari dimana kumpulan ini meletakkan tempat mengikut arah kompas.. Setelah selesai aktiviti ini dan kami berjaya mengumpulkan tempat dengan menggunakan arah kompas dangan masa 58 minit 2 saat yang diambil,En.Hisyam telah memberikan keterangan untuk first camp yang akan kami adakan....