Tuesday, February 3, 2009

Orienteering..

Assalamualaikum,kita bertemu semula dengan topik yang berlainan.. Pada hari Isnin dan Selasa,2 dan 3/2/2009.. Kami telah belajar cara-cara orienteering iaitu dalam bahasa melayunya bermaksud aktiviti sukan yang berpandukan peta dan kompas.. Saya telah mempelajari cara-cara menggunakan kompas dan peta dengan betul.. Ini semua adalah bagi menentukan arah tempat bagi sesuatu kawasan sekiranya kita sesat atau melakukan aktiviti didalam hutan.. sekiranya kita tidak mahir dalam malakukan orienteering ini bermakna susuh bagi kita untuk keluar dari sesuatu kawasan.. Pada masa yang sama kami telah membahagikan kumpulan sama rata untuk melakukan aktiviti orienteering ini.. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli dan ahli bagi kumpulan saya ialah saya,Nor Farah dan Alif.. dan nama bagi kumpulan kami adalah Rocky Marciano.. Pada mulanya setiap kumpulan dikehendaki meletakkan arah tuju bagi setiap tempat yang mereka kehendaki.. Arah tuju tempat itu hendaklah diletakkan mengikut arah kompas yang kita hendak dan jarak yang kita mahu.. Selepas melakukan aktiviti ini kami dikehedaki melaporkan tempat yang kami lakukan kepada En. Hisyam mengikut arah kompas dan jarak yang kami ambil.. Seterusnya En.Hisyam telah memilih kumpulan yang berlainan untuk kami mencari dimana kumpulan ini meletakkan tempat mengikut arah kompas.. Setelah selesai aktiviti ini dan kami berjaya mengumpulkan tempat dengan menggunakan arah kompas dangan masa 58 minit 2 saat yang diambil,En.Hisyam telah memberikan keterangan untuk first camp yang akan kami adakan....

No comments: