Saturday, March 28, 2009

Pengajaran yang berguna...

Pada hari ini saya dan rakan kokurikiulum saya ayed menjalankan ujian bertulis bomba... selepas ujian bertulis itu saya dan ayed pergi ke ceramah motivasi tajuknya membimbing mahasiswa mahasiswi muslim yang cemerlang... Antara ahli penal yang ada ketika itu adalah Ustaz Abdul Jamil bin Ahmad dari Alor Setar,Ustaz Azhar dari kedah juga dan En.Roslan daripada UIA.. semua ahli penal ini mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu keislaman dan mempunyai banyak ijazah.. ingin saya kongsikan.. bahawa sebenarnya kecemerlangan seseorang manusia itu atau khalifah itu terletaknya di dalam rohani seseorang itu sendiri.. maksudnya jika seseorang itu ingin cemerlang dalam apa jua bidang mereka hendaklah memantapkan dahulu ilmu keislamman dalam diri mereka.. Ustaz menceritakan tentang seorang khalifah yang terkenal yang ingin menghafal ilmu,pada kebiasaannya khalifah ini dapat menghafal dengan mudah dan senang tetapi pada ketika itu dia tidak dapat menghafal ilmu yang ingin dipelajari.. tertannya di dalam hatinya,mengapakah aku tidak susah sangat menghafal mengingat ilmu ini.. Lalu khalifah ini bertanyakan kepada gurunya mengenai hal yang dihadapinya.. Lalu gurunya menjawab adakah kamu ternampak aurat seseorang wanita sebelum ini... dan khalifah ini terfikir-fikir lalu dia mendapat jawapannya dalam hal ini.. khalifah ini ternampak tumit seorang wanita ketika dia dalam perjalanan untuk belajar.. selepas mengetahui akan kesilapannya itu,lalu khalifah ini mengambil wuduk dan bersungguh-sungguh bertaubat meminta keampunan kepada ALLAH.. selepas ALLAH memaafkan akan kesalahannya barulah khalifah ini dapat belajar dan menghafal imu semula.. Pengajaran daripada cerita ini adalah kehidupan telah mengubah sesebuah budaya yang sepatutunya kita ikuti,apa yang terjadi sekarang adalah bukan sahaja tumit wanita yang kita nampak sekarang malah lebih daripada itu.. masyarakat islam sekarang telah terpengaruh dengan budaya yang ditunjukkan oleh masyarakat barat.. Ustaz Azhar menceritakan ketika dia berada di wilayah kawasan Arab semasa dia menuntut ilmu.. dia menceritakan tiada seorang wanita pun yang mendedahkan aurat yakni cuma mata,tangan dan kaki sahaja yang nampak kecuali isterinya.. daripada cerita itu dapatlah digambarkan masyarakat di Malaysia bagaimana... Ustaz menceritakan bahawa ilmu pengetahuaan kekayaan kejayaan yang diperolehi oleh seseorang muslim sekarang tidak akan diuji di alam akhirat kelak tampa adanya ilmu keislaman yang mendalam... manusia tidak lari daripada membuat kesalahan.. Sedarlah wahai muslimin dan musliman sekarang bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan sementara sahaja akhirat juga akan kekal selamanya.. Masih ada ada jalan taubat dan haruslah kita bersuhgguh-sungguh bertaubat.. memang susah ingin membuat sesuatu benda itu dengan keikhlasan tetapi ajarlah diri dengan paksaan kerana paksaan inilah yang akan mengikhlaskan kita mengerjakan sesuatu perkara... umat islam akan musnah jika semua masyarakat islam tidak bersatu teguh dalam memartabatkan agama islam.. sekian..

Saturday, March 21, 2009

Final checking..





Pada hari ini kami semua sambung untuk memastikan semua kerja kami selesai dan boleh goyang kaki..huhu Saya dan Ayed terpaksa pergi kokurikulum pada pagi ini dahulu kerana kokurikulum kami lebih penting lagi.. dah la tak bagi surat cuti masa pergi camping hari tu.. takkan lah tak mahu datang lagi.. nanti kena repeat plak.. Pada hari itu kokurikulum kami membuat ujian kecergasan bagi memastikan tahap kecergasan kami.. Selepas selesai aktiviti ini saya dan ayed pergi ke stor untuk membantu rakan-rakan yang lain menyiapkan membersihkan barang peralatan untuk disimpan ke dalam stor... Kami mengakhiri majlis kami ini pada jam 5.30 petang selepas En.Hisyam menutup perkhemahan kami dengan rasminya.. Selepas itu kami semua mengambil gambar kenang-kenangan...nak masuk blog lah katakan,huhu... Saya terpaksa pulang awal kerana nak balik kampung halaman saya.. Kalau nak dikatakan terlalu banyak manfaat yang saya dapat daripada perkhemahan ini jika saya mahu pun rakan-rakan saya fikirkan perkhemahan ini dari aspek positif... gambar di atas adalah gambar kenang-kenangan yang sempat saya ambil bersama-sama dengan rakan saya..

Friday, March 20, 2009

Final final da la...

Hari ini adalah hari terakhir kami di Janda Baik, satu hari daripada semalam kami tidak tidur kerana hendak menyiapkan mengemas barang-barang peralatan untuk dibawa pulang.. Kalau semasa datang kami terpaksa memerah tenaga yang ada untuk mendirikan tapak,tetapi pada hari ini kerja kami sedikit mudah kerana cuma mengangkat dan membersihkan barang-barang sahaja untuk dimasukkan ke dalam lori.. penat juga lah sebab tak tidur satu hari.. tetapi oleh sebab fikir nak balik punya pasal dan nak siapkan kerja dengan cepat saya dan rakan-rakan yang lain terpaksa mengerjakan kerja sehingga selesai.. Plan En.Hisyam sebelum Solat Jumaat kami sampai di UITM Shah Alam tetapi oeh sebab lori yang mengangkat barang sampai lambat,kami semua terpaksalah Solat Jumaat didalam bas..hehe Kami tiba di UITM Shah Alam tepat jam 3 petang dan selepas itu kami semua mengemas barang-barang peralatan yang ada membersihkan sebelum dimasukkan ke dalam stor.. Kerja ini bersambung pada keesokkan harinya kerana tidak sempat untuk disiapkan masih banyak yang belum dibersihkan.. Kolej Instedt dan Shah Putra terpaksa menumpang Surau Kenanga dan Kolej Perindu untuk menginap,manakala perempuan pula di Kolej Delima..

Thursday, March 19, 2009

Extremely experience ..

Pada keesokkan hari nya pula kami bangun dari tidur dan mendapati khemah kami dirobohkan oleh Cik Yazilah kerana tidak ada orang jaga,semua tidur.. Sepatutnya rakan saya yang menjaga sentry pada malam td kejutkan rakan yang lain untuk bertukar sentry tetapi rakan kami yang menjaga sentry pun tidur dengan nyenyaknya.. Dan tak pasal-pasal kena roboh khemah kami.. dengan api pun tak hidup.. Selepas itu kami bangun dan buat api yang baru dan membuat bubur dengan bahan-bahan yang diberikan dan membuat air teh.. Setelah siap buat bubur kami agihkan sama rata untuk makan dan memberikan makanan kami lebihan kepada kumpulan rakan kami yang makanannya diambil oleh instruktor.. Pada petangnya pula Puan.Su datang untuk menyuruh kami menceritakan tentang perkara-perkara pengalaman bermakna kami.. dan saya menceritakan pengalaman saya ketika di sekolah menengah dan semester 1 saya di UITM yang banyak pahit manis.. Selepas itu Puan Su pun pergi dan kami ingatkan selepas menceritakan pengelaman kami dapatlah tamatlah aktiviti ini.. tetapi Puan Su suruh kami tunggu sehingga sesiapa datang untuk membawa kami pulang.. Selepas beberapa minit tunggu tiba-tiba En.Hisyam datang dengan Cik Ayu.. Mereka suruh kami menceritakan lagi pengalaman kami,dan mereka tersilap cakap kerana mereka ingat kami belum menceritakan pengalaman kami lagi.. Selepas itu dengan arahan EnHisyam kami dibenarkan pulang ke khemah pusat kami.. dalam maghrib jugalah kami habiskan aktiviti ini.. Pada malamnya pula kami meneruskan program kami dengan jamuan malam yang disediakan oleh flesi kami.. lama menunggu pensyarah dan instrukror kami untuk makan dan rupa-rupanya kami semua dikehendaki menjemput mereka makan.. Selepas menjemput mereka makan kami makan dengan kerenah masing-masing.. Selepas habis makan kami meneruskan program dengan persembahan daripada kumpulan termasuk flesi.. Kumpulan saya mempersembahan 3 buah lagu yang 2 lagu direka oleh saya.. Ingatkan nak nyayikan sama-sama tetapi malangnya sesetengah je yang nyanyikan.. mana nak kuat...

Wednesday, March 18, 2009

Jadi rambo kejap..

Assalamualaikum.. pada hari ini saya dan rakan group saya menjalankan aktiviti waterfall abseiling.. Hari in merupakan hari yang paling penat bagi saya kerana selepas waterfall abseiling saya dan rakan saya menjalankan aktiviti mountain biking dan camp craft.. Penatnya kerana satu hari semalam tidak tidur dan paginya pula sambung dengan aktiviti ini.. yang memeritkan ialah ketika saya pulang dari waterfall abseiling,pada masa itu saya dan rakan saya Hafiz angkat tali untuk dibawa pulang ke khemah peralatan setelah digunakan,ketika dalam perjalanan jalan licin kerana hujan.. tidak terkiralah saya jatuh tergelincir rasa macam nak buang je tali yang saya bawa kerana berat sangat.. nasib baik rakan saya Hafiz menenangkan saya kerana dia juga tergelincir juga seperti saya cuma sedikit jelah tak seperti saya.. rakan-rakan saya yang lain sudah balik ke khemah kerana saya dan Hafiz sahaja sukarela nak angkat pulang barang yang kami gunakan.. Pada petang nya pula saya dan sesetengah rakan saya sambung dengan aktiviti camp craft,manakala rakan-rakn saya yang lain buat aktiviti mountain biking.. bergilir-gilir.. selepas menjalankan aktiviti ini kami minum petang roti telur dan air milo yang disediakan oleh group kami.. tak sempat nak rehat dan kena lapor diri untuk aktiviti survivar.. Kami melapor diri pada Cik Yazilah dengan barang-barang yang kami hendak bawa semasa survivor.. Kami dipecahkan mengikut group kecil iaitu mengikut gunung.. Barang-brang kami semua dimasukkan dalam beg saya.. Tiba-tiba je semasa Cik Yazilah cek beg saya ada barang-barang yang tidak sepatutnya di bawa dan barang itu kepunyaan rakan kami Awin.. dan pulak kami kena randam dalam kolam sebab buat salah... Selepas itu kami mendapat segenggam beras,sesudu teh,gula dan garam,dan seketul ubi.. dilengkapi dengan mangkuk besi untuk masak,fly sheat dan 7 batnag mancis untuk nyalakan api.. digunakan semasa didalam hutan.. Kami dibawa ketempat yang kami tidak tahu didalam hutan dan kami dibiarkan diberikan tempat untuk membuat khemah untuk berteduh dan mencari daun-daun kering dan kayu untuk nyalakan api.. Selepas itu kami membuat sentry untuk menjaga kawasan kami...

Tuesday, March 17, 2009

Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian... Bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.....

Pada pagi ini saya dan rakan kumpulan saya melakukan aktiviti berakit yang diketuai oleh En.Yasir Fu.. Alatan yang perlu digunakan semasa aktiviti ini adalan 3 tiub,tali,buluh dan baju keselamatan PDF.. Kami diaggihkan kepada kumpulan kecil kami iaitu Gunung Nuang dan rakan kami dari Gunung Senyum.. Saya sebagai ketua kumpulan dikehendaki membuat rekaan rakit kami untuk digunakan semasa aktiviti bermula di dalam tasik.. jadilah Capten Jack Sparrow kejap..hehe Saya membuat rekaan ular kerana sebelum ini saya pernah melakukan aktiviti ini dan merasakan dengan cara ini kami dapat bergerak dengan cepat.. malangnya rekaan yang saya buat tidak cepat seperti yang saya sangkakan kerana ketika aktiviti yang saya lakukan dahulu ia menggunakan paddle setiap sorang untuk berkayuh dan pada masa ini kami diberikan 2 batang buluh sahaja untuk berkayuh.. memanglah lambat.. Kami kalah pada perlawanan ini,hehe... Pada petangnya pula kami menjalankan aktiviti kembara.. Seperti biasa kami melaporkan pada En.Azizul dan sekali lagi kami diagihkan kepada kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti ini.. kami diberikan barang amanat untuk dijaga sampai habisnya aktiviti ini antara barang itu adalah biskut setiap seorang dan 1 biji telur ayam.. kami menjalankan aktiviti ini diiringi seorang flesi iaitu En.Lomu... tempat pertama kami adalah di restoran seorang penduduk di kawasan ini.. Kami dikehendaki mengecat rumah pemilik restoran ini.. dan selepas mengecat kami diberikan makan antaranya ialah bubur,goreng pisang dan air teh o.. tak puas nak makan dan kena gerak ke kawasan lain pula flesi kami suruh.. kawasan kami seterusnya ialah ke klinik,dan kami sampai lambat dari masa yang ditetapkan.. kami kena membersihkan persekitaran kawasan klinik ini sehingga bersih.. Selepas itu kawasan kami seterusnya pula ialah di kawasan taman atau tempat perkelahan dimana kami dikehendaki berenang.. selepas berenag kami kena denda oleh flesi kami kerana tidak mengikut arahan yang diberi.. Kawasan seterusnya pula ialah di sebuah rumah yang berbumbung merah mengikut arah yang diberikan,dalam perjalanan kami ini banyak rintangan yang kami tempuhi antaranya untuk memilih jalan yang betul.. Dan kawasan kami seterusnya adalah di kedai pak lang.. dimana kami diikehendaki membuat alat menyelamat dengan menggunakan dua batang buluh dan satu helai fly sheat.. Kawasan terakhir kami adalah membawa rakan kami seorang dengan menggunakan alat penyelamat yang kami buat ke khemah lapor.. Selepas itu tamatlah aktiviti kembara kami ini.. Malamnya pula diteruskan dengan program burung hantu atau dikenali sebagai aktiviti Lemak Manis.. kami dikehendaki mencari semua surat dengan berbekalkan pantun untuk mencari.. aktiviti ini sungguh mencabar dan memenatkan kerana tidak dapat tidur sampai pagi.. macam-macam gelagat yang kami jumpa antaranya ialah nenek tua..lawan pantunlah dan ada pula yang menyorok dalam kereta bagi mendapatkan surat... Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada semua ahli kumpulan,mengeluarkan idea masing-masing bagi mendapatkan jawapan.. sekian..

Monday, March 16, 2009

Spider aktiviti...

Pada hari ini,pada paginya kami melakukan aktiviti Malaysia cergas dan selepas itu kami menyiapkan khemah kami yang masih belum siap.. Alhamdulillah.. pada tengah hari nya kerja-kerja perkhemahan kami siap dan kami boleh melakukan aktiviti kami pada petang nya pula. Kami diagihkan kepada kumpulan dan membuat aktiviti yang berlainan.. antara aktiviti yang ada semasa itu adalah mountain biking dan camp craft,waterfall abseiling,low rope cause,berakit dan kembara.. pada petang itu group kami membuat aktiviti low rope cause.. kami dikehandaki membawa tali,parang,helmet,tikar dan sedikit makanan pengalas perut.. sebelum melakukan aktiviti ini kami dikehendaki melaporkan aktiviti yang kami akan lakukan kepada En.Azizul iaitu pensyarah dan instruktor kami.. Setibanya kami sampai di tempat aktiviti kami mendapati tali yang hendak kami gunakan sudah siap diikat untuk dilakukan seperti monkey cross,high postman walk,forward tension traverse,milti vine dan banyak lagi.. kami dikehandaki membuat 3 jenis low rope cause ikatan pada pokok yang hendak dilakukan.. antara yang kami buat ialah swniging tyres,criss cross dan backward tension traverse.. jadilah spiderman,heheh.. Aktiviti ini menguji tahap keseimbangan,kekuatan dan kerjasama kami dalam melepasi had yang diberi.. Selepas selesai aktiviti ini kami makan makanan yang kami bawa semasa dalam perjalanan dan melaporkan kepada En.Azizul dan pulang ke khemah pusat kami melaporkan kepada flesi.. Selepas itu kami terus Solat Asar dan minum petang.. Pada malamnya pula Selepas Solat Maghrib kami baca Yasin dan Solat Isyak.. Program kami diteruskan dangan management game yang diketuai oleh Cik Yazifah bin Mohd Yazir iaitu istruktor kami..

Sunday, March 15, 2009

Planet-planet....

Pada hari ini selepas selesai bangun dan solat Subuh kami meneruskan kerja kami dengan menyiapkan khemah-khemah yang belum siap dan menyiapkan tandas,elektrik kawasan kami dan memasukkan barang peralatan di khemah peralatan.. Pada hari ini kami belum lagi memulakan aktiviti kami berikutan masih banyak lagi yang belum disiapkan.. instruktor dari PERLU menguji mental dan fizikal kami dengan memarah,menyuruh dan mendenda kami.. Dan seperti biasa rutin harian kami sama seperti solat pada waktu dan makan jika makanan sudah disediakan dan membuat sentry pada malam dan pagi.. dan pada masa yang sama juga group saya Tasik Kenyir seramai 13 orang dikehendaki menyediakan makanan pada masa itu.. Kami didenda baring meniarap atas tanah dengan kata kunci planet yang disebut oleh Cik Yazilah.. dan pada malamnya pula saya membuat lubang sampah dan lubang air bagi memudahkan kerja.. saya dan rakan-rakan yang lain seperti ayed,saufi,kak lin dan nadia turut membantu.. penatlah juga tinggi saya 174cm dalamnya membuat lubang ini.. sekian...

Saturday, March 14, 2009

Ready for final camp..

Assalamualaikum.. Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba kami bertolak ke Janda Baik tepat pada jam 8.30 pagi diiringi flesi dan instruktor.. Perjalan kami mengambil masa 2 jam 30 minit dan dalam perjalanan kami kami sempat singgah ke Genting Sampah iaitu tempat berehat R&R.. Kami sampai di Latto Carok pada jam 11 pagi dan setibanya kami di sana kami tidak dibenarkan membawa barang-barang mandi,pewangi,rokok dan benda-benda tajam.. Memeranjatkan saya pada masa yang sama saya pergi ke tempat perkhemahan kami apabila didapati tempat perkhemahan kami dipenuhi dengan lalang,rumput dan terletak di atas bukit.. Kami dikehendaki memotong menebas lalang-lalang ini supaya dapat mendirikan khemah yang sepatutnya dibuat.. Nasib baik lah ada mesin rumput kalau tidak jenuh juga makan masa untuk menyiapkan kerja-kerja ini.. Pada petangnya pula kami selepas selesai kerja tadi kami mendirikan khemah pusat,khemah makan,khemah peralatan,khemah menginap dan banyak lagi.. Pada malamnya pula selepas selesai makan dan solat Maghrib kami dikehendaki meletakkan barang-barang kami di khemah penginapan dan seperti biasa membuat sentry untuk menjaga kawasan kami.. Kerja-kerja ini tidak dapat disiapkan pada hari ini kerana banyak lagi belum disiapkan dan bersambung pada keesokan hari pula..

Friday, March 13, 2009

Before final camp..

Assalamualaikum.. pada 13/3/09 pada hari Jumaat.. Saya dan rakan-rakan saya bersedia untuk pergi ke final camp kami iaitu di Janda Baik,Latto Carok Pahang.. Seramai 63 orang peserta yang mengikuti perkhemahan ini.. 26 orang dari UITM Shah Alam,24 dari Kolej Instedt dan 13 dari Shah Putra.. Selepas selesai saya abis kelas pada waktu pagi,saya terus balik rumah untuk mengambil barang-barang yang perlu dibawa semasa perkhemahan nanti terutamanya pakaian,lampu suluh,baju hujan dan kasut.. Selepas itu saya sebagai orang yang sepatutnya menyediakan makan petang dan 3 orang rakan saya yang membantu pergi ke seksyan 2 untuk mengambil makanan petang semasa majlis pembukaan.. Selepas selesai solat Jumaat di masjid UITM saya terus ke stor untuk menolong rakan-rakan saya mengemas barang dan kami semua kecuali rakan kami dari kolej instedt yang dalam perjalanan memulakan majlis pembukaan perasmian perkhemahan kami.. Dalam masa yang sama ketika majlis sedang berlangsung rakan kami dari kolej Instedt datang.. majlis diteruskan dengan jamuan petang.. dan selepas selesai jamuan petang kami solat Asar berjemaah dan seterusnya membantu rakan-rakan memasukkan barang ke dalam lori.. Pada malam harinya selepas Solat Maghrib kami berkenalan dengan rakan-rakan kami dan bermain management game.... Kami tidur di surau Kolej Kenanga dan di kehendaki membuat sentry mengikut group tasik yang diberikan..

Wednesday, March 4, 2009

Kemas stor..

Pada 3 dan 4 hari bulan 3, kami berkumpul di stor baru untuk membuat persediaan pemeriksaan barang-barang ubtuk dibawa semas final camp kami.. saya dan rakan saya Eddie dan Fara diarahkan untuk menyediakan peralatan untuk rope cause.. Kami terpaksa pergi ke stor lama untuk menggambil barang-barang seperti tali dan guni.. yang lain-lain semuanya sudah disediakan oleh kami.. Pada keesokan harinya pula kami telah membersihkan dan menyediakan peralatan yang secukupnya untuk dibawa semasa camping nanti.. Pada sebelumnya kami telah diberitahu oleh En.Hisyam mengenai perjalanan kami semasa berada di final camp nanti yang akan diadakan di Bentong,Pahang..