Saturday, March 28, 2009

Pengajaran yang berguna...

Pada hari ini saya dan rakan kokurikiulum saya ayed menjalankan ujian bertulis bomba... selepas ujian bertulis itu saya dan ayed pergi ke ceramah motivasi tajuknya membimbing mahasiswa mahasiswi muslim yang cemerlang... Antara ahli penal yang ada ketika itu adalah Ustaz Abdul Jamil bin Ahmad dari Alor Setar,Ustaz Azhar dari kedah juga dan En.Roslan daripada UIA.. semua ahli penal ini mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu keislaman dan mempunyai banyak ijazah.. ingin saya kongsikan.. bahawa sebenarnya kecemerlangan seseorang manusia itu atau khalifah itu terletaknya di dalam rohani seseorang itu sendiri.. maksudnya jika seseorang itu ingin cemerlang dalam apa jua bidang mereka hendaklah memantapkan dahulu ilmu keislamman dalam diri mereka.. Ustaz menceritakan tentang seorang khalifah yang terkenal yang ingin menghafal ilmu,pada kebiasaannya khalifah ini dapat menghafal dengan mudah dan senang tetapi pada ketika itu dia tidak dapat menghafal ilmu yang ingin dipelajari.. tertannya di dalam hatinya,mengapakah aku tidak susah sangat menghafal mengingat ilmu ini.. Lalu khalifah ini bertanyakan kepada gurunya mengenai hal yang dihadapinya.. Lalu gurunya menjawab adakah kamu ternampak aurat seseorang wanita sebelum ini... dan khalifah ini terfikir-fikir lalu dia mendapat jawapannya dalam hal ini.. khalifah ini ternampak tumit seorang wanita ketika dia dalam perjalanan untuk belajar.. selepas mengetahui akan kesilapannya itu,lalu khalifah ini mengambil wuduk dan bersungguh-sungguh bertaubat meminta keampunan kepada ALLAH.. selepas ALLAH memaafkan akan kesalahannya barulah khalifah ini dapat belajar dan menghafal imu semula.. Pengajaran daripada cerita ini adalah kehidupan telah mengubah sesebuah budaya yang sepatutunya kita ikuti,apa yang terjadi sekarang adalah bukan sahaja tumit wanita yang kita nampak sekarang malah lebih daripada itu.. masyarakat islam sekarang telah terpengaruh dengan budaya yang ditunjukkan oleh masyarakat barat.. Ustaz Azhar menceritakan ketika dia berada di wilayah kawasan Arab semasa dia menuntut ilmu.. dia menceritakan tiada seorang wanita pun yang mendedahkan aurat yakni cuma mata,tangan dan kaki sahaja yang nampak kecuali isterinya.. daripada cerita itu dapatlah digambarkan masyarakat di Malaysia bagaimana... Ustaz menceritakan bahawa ilmu pengetahuaan kekayaan kejayaan yang diperolehi oleh seseorang muslim sekarang tidak akan diuji di alam akhirat kelak tampa adanya ilmu keislaman yang mendalam... manusia tidak lari daripada membuat kesalahan.. Sedarlah wahai muslimin dan musliman sekarang bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan sementara sahaja akhirat juga akan kekal selamanya.. Masih ada ada jalan taubat dan haruslah kita bersuhgguh-sungguh bertaubat.. memang susah ingin membuat sesuatu benda itu dengan keikhlasan tetapi ajarlah diri dengan paksaan kerana paksaan inilah yang akan mengikhlaskan kita mengerjakan sesuatu perkara... umat islam akan musnah jika semua masyarakat islam tidak bersatu teguh dalam memartabatkan agama islam.. sekian..

No comments: