Saturday, March 14, 2009

Ready for final camp..

Assalamualaikum.. Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba kami bertolak ke Janda Baik tepat pada jam 8.30 pagi diiringi flesi dan instruktor.. Perjalan kami mengambil masa 2 jam 30 minit dan dalam perjalanan kami kami sempat singgah ke Genting Sampah iaitu tempat berehat R&R.. Kami sampai di Latto Carok pada jam 11 pagi dan setibanya kami di sana kami tidak dibenarkan membawa barang-barang mandi,pewangi,rokok dan benda-benda tajam.. Memeranjatkan saya pada masa yang sama saya pergi ke tempat perkhemahan kami apabila didapati tempat perkhemahan kami dipenuhi dengan lalang,rumput dan terletak di atas bukit.. Kami dikehendaki memotong menebas lalang-lalang ini supaya dapat mendirikan khemah yang sepatutnya dibuat.. Nasib baik lah ada mesin rumput kalau tidak jenuh juga makan masa untuk menyiapkan kerja-kerja ini.. Pada petangnya pula kami selepas selesai kerja tadi kami mendirikan khemah pusat,khemah makan,khemah peralatan,khemah menginap dan banyak lagi.. Pada malamnya pula selepas selesai makan dan solat Maghrib kami dikehendaki meletakkan barang-barang kami di khemah penginapan dan seperti biasa membuat sentry untuk menjaga kawasan kami.. Kerja-kerja ini tidak dapat disiapkan pada hari ini kerana banyak lagi belum disiapkan dan bersambung pada keesokan hari pula..

No comments: