Sunday, March 15, 2009

Planet-planet....

Pada hari ini selepas selesai bangun dan solat Subuh kami meneruskan kerja kami dengan menyiapkan khemah-khemah yang belum siap dan menyiapkan tandas,elektrik kawasan kami dan memasukkan barang peralatan di khemah peralatan.. Pada hari ini kami belum lagi memulakan aktiviti kami berikutan masih banyak lagi yang belum disiapkan.. instruktor dari PERLU menguji mental dan fizikal kami dengan memarah,menyuruh dan mendenda kami.. Dan seperti biasa rutin harian kami sama seperti solat pada waktu dan makan jika makanan sudah disediakan dan membuat sentry pada malam dan pagi.. dan pada masa yang sama juga group saya Tasik Kenyir seramai 13 orang dikehendaki menyediakan makanan pada masa itu.. Kami didenda baring meniarap atas tanah dengan kata kunci planet yang disebut oleh Cik Yazilah.. dan pada malamnya pula saya membuat lubang sampah dan lubang air bagi memudahkan kerja.. saya dan rakan-rakan yang lain seperti ayed,saufi,kak lin dan nadia turut membantu.. penatlah juga tinggi saya 174cm dalamnya membuat lubang ini.. sekian...

No comments: