Wednesday, March 18, 2009

Jadi rambo kejap..

Assalamualaikum.. pada hari ini saya dan rakan group saya menjalankan aktiviti waterfall abseiling.. Hari in merupakan hari yang paling penat bagi saya kerana selepas waterfall abseiling saya dan rakan saya menjalankan aktiviti mountain biking dan camp craft.. Penatnya kerana satu hari semalam tidak tidur dan paginya pula sambung dengan aktiviti ini.. yang memeritkan ialah ketika saya pulang dari waterfall abseiling,pada masa itu saya dan rakan saya Hafiz angkat tali untuk dibawa pulang ke khemah peralatan setelah digunakan,ketika dalam perjalanan jalan licin kerana hujan.. tidak terkiralah saya jatuh tergelincir rasa macam nak buang je tali yang saya bawa kerana berat sangat.. nasib baik rakan saya Hafiz menenangkan saya kerana dia juga tergelincir juga seperti saya cuma sedikit jelah tak seperti saya.. rakan-rakan saya yang lain sudah balik ke khemah kerana saya dan Hafiz sahaja sukarela nak angkat pulang barang yang kami gunakan.. Pada petang nya pula saya dan sesetengah rakan saya sambung dengan aktiviti camp craft,manakala rakan-rakn saya yang lain buat aktiviti mountain biking.. bergilir-gilir.. selepas menjalankan aktiviti ini kami minum petang roti telur dan air milo yang disediakan oleh group kami.. tak sempat nak rehat dan kena lapor diri untuk aktiviti survivar.. Kami melapor diri pada Cik Yazilah dengan barang-barang yang kami hendak bawa semasa survivor.. Kami dipecahkan mengikut group kecil iaitu mengikut gunung.. Barang-brang kami semua dimasukkan dalam beg saya.. Tiba-tiba je semasa Cik Yazilah cek beg saya ada barang-barang yang tidak sepatutnya di bawa dan barang itu kepunyaan rakan kami Awin.. dan pulak kami kena randam dalam kolam sebab buat salah... Selepas itu kami mendapat segenggam beras,sesudu teh,gula dan garam,dan seketul ubi.. dilengkapi dengan mangkuk besi untuk masak,fly sheat dan 7 batnag mancis untuk nyalakan api.. digunakan semasa didalam hutan.. Kami dibawa ketempat yang kami tidak tahu didalam hutan dan kami dibiarkan diberikan tempat untuk membuat khemah untuk berteduh dan mencari daun-daun kering dan kayu untuk nyalakan api.. Selepas itu kami membuat sentry untuk menjaga kawasan kami...

No comments: