Friday, March 13, 2009

Before final camp..

Assalamualaikum.. pada 13/3/09 pada hari Jumaat.. Saya dan rakan-rakan saya bersedia untuk pergi ke final camp kami iaitu di Janda Baik,Latto Carok Pahang.. Seramai 63 orang peserta yang mengikuti perkhemahan ini.. 26 orang dari UITM Shah Alam,24 dari Kolej Instedt dan 13 dari Shah Putra.. Selepas selesai saya abis kelas pada waktu pagi,saya terus balik rumah untuk mengambil barang-barang yang perlu dibawa semasa perkhemahan nanti terutamanya pakaian,lampu suluh,baju hujan dan kasut.. Selepas itu saya sebagai orang yang sepatutnya menyediakan makan petang dan 3 orang rakan saya yang membantu pergi ke seksyan 2 untuk mengambil makanan petang semasa majlis pembukaan.. Selepas selesai solat Jumaat di masjid UITM saya terus ke stor untuk menolong rakan-rakan saya mengemas barang dan kami semua kecuali rakan kami dari kolej instedt yang dalam perjalanan memulakan majlis pembukaan perasmian perkhemahan kami.. Dalam masa yang sama ketika majlis sedang berlangsung rakan kami dari kolej Instedt datang.. majlis diteruskan dengan jamuan petang.. dan selepas selesai jamuan petang kami solat Asar berjemaah dan seterusnya membantu rakan-rakan memasukkan barang ke dalam lori.. Pada malam harinya selepas Solat Maghrib kami berkenalan dengan rakan-rakan kami dan bermain management game.... Kami tidur di surau Kolej Kenanga dan di kehendaki membuat sentry mengikut group tasik yang diberikan..

No comments: