Saturday, March 21, 2009

Final checking..





Pada hari ini kami semua sambung untuk memastikan semua kerja kami selesai dan boleh goyang kaki..huhu Saya dan Ayed terpaksa pergi kokurikulum pada pagi ini dahulu kerana kokurikulum kami lebih penting lagi.. dah la tak bagi surat cuti masa pergi camping hari tu.. takkan lah tak mahu datang lagi.. nanti kena repeat plak.. Pada hari itu kokurikulum kami membuat ujian kecergasan bagi memastikan tahap kecergasan kami.. Selepas selesai aktiviti ini saya dan ayed pergi ke stor untuk membantu rakan-rakan yang lain menyiapkan membersihkan barang peralatan untuk disimpan ke dalam stor... Kami mengakhiri majlis kami ini pada jam 5.30 petang selepas En.Hisyam menutup perkhemahan kami dengan rasminya.. Selepas itu kami semua mengambil gambar kenang-kenangan...nak masuk blog lah katakan,huhu... Saya terpaksa pulang awal kerana nak balik kampung halaman saya.. Kalau nak dikatakan terlalu banyak manfaat yang saya dapat daripada perkhemahan ini jika saya mahu pun rakan-rakan saya fikirkan perkhemahan ini dari aspek positif... gambar di atas adalah gambar kenang-kenangan yang sempat saya ambil bersama-sama dengan rakan saya..

No comments: