Tuesday, March 17, 2009

Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian... Bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.....

Pada pagi ini saya dan rakan kumpulan saya melakukan aktiviti berakit yang diketuai oleh En.Yasir Fu.. Alatan yang perlu digunakan semasa aktiviti ini adalan 3 tiub,tali,buluh dan baju keselamatan PDF.. Kami diaggihkan kepada kumpulan kecil kami iaitu Gunung Nuang dan rakan kami dari Gunung Senyum.. Saya sebagai ketua kumpulan dikehendaki membuat rekaan rakit kami untuk digunakan semasa aktiviti bermula di dalam tasik.. jadilah Capten Jack Sparrow kejap..hehe Saya membuat rekaan ular kerana sebelum ini saya pernah melakukan aktiviti ini dan merasakan dengan cara ini kami dapat bergerak dengan cepat.. malangnya rekaan yang saya buat tidak cepat seperti yang saya sangkakan kerana ketika aktiviti yang saya lakukan dahulu ia menggunakan paddle setiap sorang untuk berkayuh dan pada masa ini kami diberikan 2 batang buluh sahaja untuk berkayuh.. memanglah lambat.. Kami kalah pada perlawanan ini,hehe... Pada petangnya pula kami menjalankan aktiviti kembara.. Seperti biasa kami melaporkan pada En.Azizul dan sekali lagi kami diagihkan kepada kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti ini.. kami diberikan barang amanat untuk dijaga sampai habisnya aktiviti ini antara barang itu adalah biskut setiap seorang dan 1 biji telur ayam.. kami menjalankan aktiviti ini diiringi seorang flesi iaitu En.Lomu... tempat pertama kami adalah di restoran seorang penduduk di kawasan ini.. Kami dikehendaki mengecat rumah pemilik restoran ini.. dan selepas mengecat kami diberikan makan antaranya ialah bubur,goreng pisang dan air teh o.. tak puas nak makan dan kena gerak ke kawasan lain pula flesi kami suruh.. kawasan kami seterusnya ialah ke klinik,dan kami sampai lambat dari masa yang ditetapkan.. kami kena membersihkan persekitaran kawasan klinik ini sehingga bersih.. Selepas itu kawasan kami seterusnya pula ialah di kawasan taman atau tempat perkelahan dimana kami dikehendaki berenang.. selepas berenag kami kena denda oleh flesi kami kerana tidak mengikut arahan yang diberi.. Kawasan seterusnya pula ialah di sebuah rumah yang berbumbung merah mengikut arah yang diberikan,dalam perjalanan kami ini banyak rintangan yang kami tempuhi antaranya untuk memilih jalan yang betul.. Dan kawasan kami seterusnya adalah di kedai pak lang.. dimana kami diikehendaki membuat alat menyelamat dengan menggunakan dua batang buluh dan satu helai fly sheat.. Kawasan terakhir kami adalah membawa rakan kami seorang dengan menggunakan alat penyelamat yang kami buat ke khemah lapor.. Selepas itu tamatlah aktiviti kembara kami ini.. Malamnya pula diteruskan dengan program burung hantu atau dikenali sebagai aktiviti Lemak Manis.. kami dikehendaki mencari semua surat dengan berbekalkan pantun untuk mencari.. aktiviti ini sungguh mencabar dan memenatkan kerana tidak dapat tidur sampai pagi.. macam-macam gelagat yang kami jumpa antaranya ialah nenek tua..lawan pantunlah dan ada pula yang menyorok dalam kereta bagi mendapatkan surat... Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada semua ahli kumpulan,mengeluarkan idea masing-masing bagi mendapatkan jawapan.. sekian..

No comments: