Friday, March 20, 2009

Final final da la...

Hari ini adalah hari terakhir kami di Janda Baik, satu hari daripada semalam kami tidak tidur kerana hendak menyiapkan mengemas barang-barang peralatan untuk dibawa pulang.. Kalau semasa datang kami terpaksa memerah tenaga yang ada untuk mendirikan tapak,tetapi pada hari ini kerja kami sedikit mudah kerana cuma mengangkat dan membersihkan barang-barang sahaja untuk dimasukkan ke dalam lori.. penat juga lah sebab tak tidur satu hari.. tetapi oleh sebab fikir nak balik punya pasal dan nak siapkan kerja dengan cepat saya dan rakan-rakan yang lain terpaksa mengerjakan kerja sehingga selesai.. Plan En.Hisyam sebelum Solat Jumaat kami sampai di UITM Shah Alam tetapi oeh sebab lori yang mengangkat barang sampai lambat,kami semua terpaksalah Solat Jumaat didalam bas..hehe Kami tiba di UITM Shah Alam tepat jam 3 petang dan selepas itu kami semua mengemas barang-barang peralatan yang ada membersihkan sebelum dimasukkan ke dalam stor.. Kerja ini bersambung pada keesokkan harinya kerana tidak sempat untuk disiapkan masih banyak yang belum dibersihkan.. Kolej Instedt dan Shah Putra terpaksa menumpang Surau Kenanga dan Kolej Perindu untuk menginap,manakala perempuan pula di Kolej Delima..

No comments: