Sunday, January 25, 2009

Kereta idaman..


My second favourite car is The Lamborghini Murciélago.. It's a high performance sports car produced by Italian automaker Automobili Lamborghini S.p.A. and designed by Luc Donckerwolke. It was introduced in 2001 as the successor to the Diablo. The Murciélago is a two-door, two-seat coupé. To celebrate the company's 40 years in operation, 50 special edition Murciélagos were built during the autumn of 2003. An open-top version called the Murciélago Roadster was introduced in 2004 for the 2005 model year. The roadster features similar performance to the coupé with a more aggressive rear flank, as well as a considerably higher price tag.

The Murciélago sports a 6.2-litre version of the Lamborghini V12 engine, a six-speed manual or six-speed sequential automatic transmission, and four-wheel drive. It also has a rear spoiler that can be raised to an angle of 70 degrees, side mirrors that fold in to improve aerodynamics, and side scoops that automatically open to the needed size to let in just the right amount of air needed to cool its engine. The 2008 car's fuel economy is 8 miles per US gallon (29 L/100 km; 9.6 mpg-imp) city and 13 miles per US gallon (18 L/100 km; 16 mpg-imp) freeway, making it the least efficient 2008 car for city and highway driving, according to the EPA.[2]

The coupé's base price is US $313,000, which is US $107,000 more than its smaller sibling, the Lamborghini Gallardo.

In 2006 the Murciélago's engine was replaced by a stronger 6.5-liter engine and the car's name was changed to Murciélago LP640. For the 2007 model year Lamborghini did the same with the roadster model, which is now called Murciélago LP640 Roadster. Both versions received a minor facelift.

The name Murciélago (pronounced moor-thee-EH-la-go in traditional Castilian Spanish and moor-see-EH-la-goh in Spanish of Latin America) means "bat" in Spanish. A bull by this name survived 24 sword strokes in an 1879 fight at the arena of Córdoba, and fought with such passion and spirit that the matador chose to spare its life, a rare honor. In another Lamborghini tie-in, the bull was later presented as a gift to Don Antonio Miura, who was a noted breeder and whose bull ranch the Lamborghini Miura was named after, and went on to sire a line of famous fighting bulls.

Kereta idaman



My favourite car is The Mercedes-Benz SLR McLaren... It is an Anglo-German sports car jointly developed by Mercedes-Benz and McLaren Automotive, built in Portsmouth and the McLaren Technology Centre in Woking, Surrey, England. Daimler AG, owner of Mercedes-Benz, also owns 40% of the McLaren Group.

Due to the presence of the automatic gear box, front mid-engined arrangement and its driving characteristics lead some commentators to classify the SLR McLaren as a GT whose rivals can be considered to be e.g. the Aston Martin V12 Vanquish and Ferrari 599 GTB Fiorano.[1]

SLR stands for "Sport, Leicht, Rennsport" (sport, light, racing). Mercedes-Benz has stated that they will build 3500 SLRs in a span of 7 years, with an annual production of only 500 cars.[2] The car's base price is GB£300,000 (approx. US$495,000 or €475,000, c. 2007)

Friday, January 23, 2009

Extra aktivity 2

Pada hari Jumaat,23/1/2009 hari terakhir pembelajaran bagi menyambut cuti raya cina kami semua termasuk pelajar perempuan berkumpul distor perkhemahan bagi menyambung kerja-kerja yang hendak diselesaikan untuk di bawa semasa perkhemahan.. Lupa pula ada di antara kami yang terpaksa balik pada waktu itu,jadi bukan semua diantara kami yang hadir semasa menjalankan tugas.. Setibanya saya di tempat berkumpul saya dan syed sobri ditugaskan pergi ke Masjid UITM bagi membuat tempahan Yassin untuk dibawa semasa perkhemahan.. Tujuan yassin ini dibawa semestinaya la untuk dibaca,tetapi yassin ini dibaca setibanya kami sampai di tempat perkhemahan bagi mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku.. seperti mana yang kita sedia maklum bahawa yassin ini adalah jantung bagi ayat suci Al-Quran.. Selepas selesainya tempahan yassin yang dibuat oleh kami.. Saya pergi membantu rakan-rakan kami mengangkat barang ke stor perkhemahan.. Selepas itu,saya dan rakan saya Muizzudin ditugaskan menyelesaikan tempahan kenderaan untuk membawa kami semua ke tempat perkhemahan nanti.. Saya dan Is pergi ke faculti kami untuk berjumpa dengan Encik Hisyam lecturer kami bagi pelajaran ini bagi mendapatkan pengesahan daripadanya sebelum kami pergi ke pusat kenderaan UITM.. Setelah selesai membuat pengesahan kami pergi ke pusat kenderaan,tetapi malangnya pihak kenderaan itu tidak menerima pengesahan daripada kami.. Pihak kenderaan itu mengatakan pengesahan ini tidak sah,cuma ketua dekan kami sahaja yang boleh mengesahkannya.. Kecewa memang la kecewa tetapi nak buat macam mana,sabar sajalah.. Kami pulang ke faculti kami semula bagi berjumpa dengan Encik Hisyam bagi menyelesaikan masalah ini.. Encik Hisyam menyuruh kami datang semula berjumpa dengannya pada hari Rabu semasa cuti raya cina bagi menyelesaikan masalah ini.. Selepas itu,saya dan Is pergi ke stor perkhemahan kami bagi membantu rakan-rakan kami.. Tepat jam 6.45 ptg kami tamatkan kerja kami dengan hati yang tenang,cuma sedikit sahaja kerja yang tidak dapat diselesaikan dan kami terpaksa menyambungnya setibanya sesi pembelajaran bermula semula.. Pada masa yang sama flesi kami memberikan nasihat supaya lebih bekerjasama setibanya mula sesi pembelajaran.. Pengajaran yang saya dapat semasa aktiviti ini diadakan ialah kita hendaklah bekerjasama antara satu-sama lain walaupun berlainan tugasan yang diberi seperti saya biro penempatan.. walaupun saya biro penempatan tetapi saya membantu rakan-rakan saya yang berlainan biro menyiapkan tugasan mereka.. bukan hendak membangga diri tetapi kerjasama inilah yang akan membentuk diri kita lebih bertanggung jawab walaupun berlainan kerja..

Thursday, January 22, 2009

Extra aktivity

Pada hari Khamis,22/1/2009 hari pertama kami memyemak peralatan perkhemahan.. Mula-mula tu memang la pening2 sikit sebab banyak sangat barang yang hendak diselesaikan nak bawa ke kem perkemahan nanti.. Cuma pelajar lelaki sahaja yang datang manakala pelajar perempuan terpaksa pergi ke kelas renang.. Kami berkumpul dalam pukul 2.00 ptg seperti mana yang telah dijanjikan.. kami telah bekerjasama bagi menyiapkan semua peralatan yang hendak dibawa semasa perkhemahan.. Kami telah menyemak khemah pusat,khemah makanan,khemah penginapan dan banyak lagi... Pada pukul 4.00 ptg sesetengah daripada kami terpaksa pergi kelas komputer.. Cume tinggal dalam 5 orang daripada kami sahaja yang meneruskan tugasan.. Tepat jam 5.30 ptg kami terpaksa tamatkan penyemakan.. Buat masa ini cuma karja-karja elektrik dan sesetengah kerja peralatan.. Kami beersambung ke esokkan harinya pula..

Wednesday, January 21, 2009

Perjumpaan dengan flesi..

Pada malam Rabu,21/1/2009.. kami semua telah berjumpa dengan semua flesi bagi membincangkan mengenai perjalanan pengurusan kami... Perjumpaan ini seharusnya bermula pada jam 8.15pm tetapi malangnya ada di antara kami yang hadir pada masa yang tidak ditetapkan dan ini membuatkan perjumpaan ini bermula lambat pada jam 8.45pm.. Semua diantara kami telah memberikan jawapan bagi setiap soalan yang ditanyakan.. Bagi saya dan rakan-rakan saya dalam pengurusan penempatan.. Kami telah membuat tempahan tempat bagi perkhemahan yang akan kami adakan cuma tempat perjumpaan sahaja tidak diberikan jawan lagi.. Ini kerana pada masa yang sama ada masyarakat yang membuat perkhemahan.. Semua flesi telah menerangkan sebaik-baiknya mengenai pengurusan yang harus kami lakukan secepat yang mungkin.. Perjumpaan ini berakhir pada jam 11.45pm.. Akhirkata,pendedahan seperti perjumpaan ini amatlah berguna bagi menyelesaikan masalah yang kami hadapi.. Ia dapat mengeratkan dan mengikatkan hubungan diantara rakan-rakan dan flesi..

Tuesday, January 20, 2009

Harapan..

Pada hari Selasa,20/1/2009... Rakan saya atau penolong saya Saidatul Syuhada telah pergi ke Bukit Cerakah bagi membuat tempahan untuk perkhemahan yang akan kami adakan pada 7,8 dan 9/2/2009.. Niat dihati memang ingin turut serta pergi memandangkan saya ketua biro penempatan.. tetapi saya terpaksa pergi ke kelas renang pada ptg itu yang tidak dapat dielakkan.. Saya berterima kasih kepada Syuhada kerana dapat menyelesaikan tempahan itu serta dapat membantu saya.. Inilah dikatakan kerjasama berpasukan.. saya berbangga dengan komitmen yang rakan saya berikan dalam melaksanakan tugasan ini... Bukan mudah hendak mencari rakan yang ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diberi..

Minggu ke:4 sesi pembelajaran


Minggu ke:4 pada 19 dan 20/1/2009,Isnin dan Selasa sesi pembelajaran outdoors saya telah deperkenalkan dengan camp craft.. Aktiviti ini kebiasaannya digunakan semasa camping2.. Selalunya ia digunakan untuk membuat tempat2 penyimpanan barang seperti barang2 makanan,peralatan dan tempat menginap. Pada 20/1/2009 kami semua telah berkumpul di padang perindu UITM bagi menjalani sesi pembelajaran camp craft. Saya dan rakan-rakan lelaki telah mengangkat barang-barang untuk digunakan semasa sesi pembelajaran.. Kami telah dibahagikan kumpulan sama rata untuk membuat aktiviti camp craft.. Encik Hisyam telah menunjukkan cara-cara untuk memasang khemah,tapak pusat,khemah makanan dan khemah barang dengan betul.. Kami telah memasang (khemah penginapan) dengan baik sekali seperti mana yang diajarkan oleh Encik Hisyam.. Sesi pembelajaran ini diteruskan dengan memasang kemah makanan.. Bagi sesi ini kami tidak dibahagikan sama rata tetapi semua orang dikehendaki bekerjasama bagi mendirikan khemah makanan ini.. Kami mengerjakan,membantu,bekerjasama bagi mendirikan kemah makanan ini.. Tamapa kerjasama daripada semua rakan-rakan kami saya rasa kemah ini tidak akan didirikan, ini kerana hendak mendirikan khemah ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak.. Setelah berjaya mendirikan khemah makanan kami mengakhiri kerja kami dengan mengemas semua khemah kami kepada sedia kala.. Penat mengerjakan semua kerja ini tampa mengalas perut terlebih dahulu.. Khemah2 yang kami dirikan ini bertujuan untuk digunakan semasa peerkemahan yang kami akan adakan.. Bukan saja pada perkemahan yang akan kami adakan malah boleh juga digunakan semasa camping2 persendirian.. Akhirkata,kerjasama daripada semua pihak diperlukan bagi melaksanakan semua kerja ini,tampa persefahaman diantara kami saya rasa camping yang akan kami adakan nanti tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik.. Encik Hisyam hanya dapat membantu dan memberikan tunjuk ajar,yang ingin mengubahnya adalah diri kita sendiri..

Friday, January 16, 2009

Kecewa..


Pada hari Khamis,15/1/2009 hari dimana sepatutnya saya pergi ke Bukit Cerakah bersama-sama dengan rakan saya... Saya telah ditinggalkan atau tidak diberitahu hendak pergi ke Bukit Cerakah bersama-sama dengan rakan saya... Saya ingatkan selepas solat zohoh hendak pergi ke sana.. pada masa yang sama saya menelifon rakan saya mendapati mereka telah pergi ke Bukit Cerakah dan dalam perjalanan pulang ke UITM.. Saya sudah beritahu supaya jika hendak pergi ke Bukit Cerakah beritahu saya dahulu supaya saya dapat pergi bersama memandangkan saya biro penempatan.. Kecewa saya kerana ini kah dikatakan kerjasama.. Mereka telah pergi ke Bukit Cerakah selepas tamatnya kelas pada sesi pagi.. Setidak-tidaknya berilah tahu hendak pergi ke sana,memandangkan saya telah memberitahu mengingatkan mereka.. Kesimpulan yang saya dapat pada waktu itu adalah kerjasama yang tidak kukuh diantara kami.. memandangkan masing-masing mementingkan diri sendiri dalam melaksanakan tugas...

Tuesday, January 13, 2009

Minggu ke:3 sesi pembelajaran

Assalamualaikum.. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini kita harus lah bersabar serta sentiasa berdoa kepada ALLAh agar kita dilindunginya setiap masa.. Cabaran dan dugaan ini lah yang akan mengajar kita erti kehidupan utk dibawa ke masa hadapan.. Seperti biasa,minggu ke:3 iaitu pada 12 dan 13/1/2009,Isnin dan Selasa sesi pembelajaran outdoors kami telah dikenalkan dengan pembalut tiga segi atau dikenali sebagai triangular bandage.. Triangular bandage bukan seperti bandage gulung yang biasa digunakan utk membalut kecederaan tetapi dia lain sikit cuma tiga segi dan digunakan utk membantu bebanan kecederaan dan mengelakkan berlakunya pandarahan.. Ia biasanya digunakan bg kecederaan seperti patah tangan,kecederaan siku,lutut,buku lali dan kebiasaan nya digunakan kepada mereka yang menghadapi patah tulang,tisu koyak,pendarahan dan terseliuh.. Mula-mula memang sukar utk mengetahui cara-cara pembalutannya tetapi setelah ditunjukkan berulang kali oleh Encik Hisyam dan Abg Mus barulah mudah sedikit.. Cara ikatan yang digunakan sama seperti cara ikatan tali yang kami pelajari pada minggu lepas.. Pada masa yang sama juga Encik Hisyam telah menegur mengenai cara pemakaian kami,ada diantara kami tidak mendisiplinkan diri.. Memang sudah diberitahu pada awal kemasukan kami supaya berdisiplin didalam kelas,tetapi malangnya masih ada yang tidak berbuat demikian.. Akhirkata,penggunaan triangular bandage ini hendaklah digunakan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan yang lebih serius dan jika kecederaan ini tidak dapat digunakan dengan triangular bandage pesakit hendaklah berjumpa dengan doktor.. Mengenai disiplin diri dikalangan kami itu,saya berharap rakan-rakan saya akan mendisiplinkan diri mereka didalam kelas.. Saya akan berusaha utk memberi nasihat kepada rakan-rakan saya..

Saturday, January 10, 2009

Niat yang tidak kesampaian..

Pada hari Sabtu,10/1/2009 pada jam 2.00pm saya dan rakan-rakan saya di antaranya ialah ketua kami Afiq,Saufie dan Saidatul Syuhada pergi ke Bukit Cerakah bagi memeriksa tempat perkemahan dan membuat tempahan bagi tempat yang ingin kami semua berkhemah nanti.. Seperti mana yang diarahkan sepatutnya Haiqal sepatutnya bersama sekali tetapi dia ada masalah yang tidak dapat dielakkan.. Setibanya kami sampai di Bukit Cerakah kami terus menunggu abg flesi yang membantu kami iaitu abg Mus dan abg Nazmi.. sementara menunggu mereka,saya belanja rakan-rakan saya ais cream.. Mengejutkan saya apabila satu ais cream roti ialah RM2.50.. kebiasaannya kalau tidak salah saya satu ais cream roti ialah dalam lingkungan RM1.00-1.50 satu.. Mungkin sudah bertahun lama saya tidak makan ais cream harga sudah naik.. Setibanya abg flesi sampai kami terus bertanyakan tugasan-tugasan yang hendak kami lakukan.. Kami telah mengambil peta dan pamphlet bagi kawasan Bukit Cerakah ini.. dan malangnya kami tidak dibenarkan masuk kerana jika kami hendak masuk setiap seorang hendaklah membayar RM3.00.. Abg flesi mencadangkan supaya kami datang pada hari yang lain.. Kami setuju dengan apa yang mereka cadangkan memandangkan hari semakin gelap.. Saya dan rakan-rakan saya pulang ke UITM dengan niat yang tidak kesampaian..

Tuesday, January 6, 2009

Minggu ke:2 pembelajaran

Minggu ke:2 iaitu 5 hingga 6/1/2009.. Isnin dan Selasa sesi pembelajaran outdoors kami telah belajar cara-cara utk mengikat tali.. terdapat banyak cara ikatan tali yang harus saya pelajari utk digunakan semasa camping dan digunakan semasa ujian penilaian ikatan.. Ikatan ini bertujuan utk mengenali cara-cara ikatan yang mesti diketahui utk digunakan semasa camping,bukan saja utk bercamping malah utk menyelamatkan orang juga.. Cara ini boleh digunakan semasa mengadakan camping2.. First camp kami akan diadakan di Bukit Cerakah,Shah Alam.. Saya telah ditugaskan utk menjadi ketua biro penempatan bagi semua camping yang kami akan adakan dan pembantu saya bg camping ini ialah Haiqal dan Saidatul Syuhada Darlene.. Bg saya tujuan camping ini diadakan adalah utk memupuk sifat kerjasama antara rakan dan mendisiplinkan diri sepeti menepati masa,berpakaian kemas,hormat-menghormati dan banyak lagi.. Saya berharap rakan-rakan saya mahupun saya dapat menjaga tatasusila semasa berada di tempat camping dan memberikan commitment yang terbaik.. Ingin saya menceritakan pengalaman saya bercamping sewaktu saya bersekolah di Sekolah Sukan Bandar Penawar,Kota Tinggi,Johor.. Saya telah mengikuti program bina semangat yang diadakan di Pulau Sibu,Johor sebelum berlepas/bertolak ke Thailand bg tujuan pertandingan.. Program ini bukan saja program membina semangat semata-mata malah dapat memupuk sifat kerjasama antara rakan kita terutamanya bg sukan berkumpulan seperti bola sepak,sepak takraw,kriket dan banyak lagi. Kami telah menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berkayak,memanjat bukit,berenang dan banyak lagi.. Pengalaman yang saya tidak dapat lupakan semasa berada di sana ialah ketika kami manjalankan aktiviti explo race..kami telah dibahagikan kumpulan sama rata supaya tidak ada perselisihan faham..antaa rintangan yang kami tempuhi semasa aktiviti dijalankan antaranya ialah membuat rakit,pergi ke kawasan kampung,mendaki bukit dan banyak lagi utk mendapatkan jawapan bg soalan2 yang kami terima..inilah dikatakan memupuk semangat kerjasama antara rakan.. pengalaman ini tidak dapat saya lupakan.. Banyak lagi camping yang saya ikuti semasa bersekolah di sana dan camping di pulau tioman itulah antara camping yang paling menarik.. panjang kata jikalau saya menceritakan semua camping2 yang saya ikuti.. Akhir kata,saya berharap agar camping yang akan diadakan ini berjalan dengan lancar dan mengikut waktu yang ditetapkan..