Tuesday, January 13, 2009

Minggu ke:3 sesi pembelajaran

Assalamualaikum.. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini kita harus lah bersabar serta sentiasa berdoa kepada ALLAh agar kita dilindunginya setiap masa.. Cabaran dan dugaan ini lah yang akan mengajar kita erti kehidupan utk dibawa ke masa hadapan.. Seperti biasa,minggu ke:3 iaitu pada 12 dan 13/1/2009,Isnin dan Selasa sesi pembelajaran outdoors kami telah dikenalkan dengan pembalut tiga segi atau dikenali sebagai triangular bandage.. Triangular bandage bukan seperti bandage gulung yang biasa digunakan utk membalut kecederaan tetapi dia lain sikit cuma tiga segi dan digunakan utk membantu bebanan kecederaan dan mengelakkan berlakunya pandarahan.. Ia biasanya digunakan bg kecederaan seperti patah tangan,kecederaan siku,lutut,buku lali dan kebiasaan nya digunakan kepada mereka yang menghadapi patah tulang,tisu koyak,pendarahan dan terseliuh.. Mula-mula memang sukar utk mengetahui cara-cara pembalutannya tetapi setelah ditunjukkan berulang kali oleh Encik Hisyam dan Abg Mus barulah mudah sedikit.. Cara ikatan yang digunakan sama seperti cara ikatan tali yang kami pelajari pada minggu lepas.. Pada masa yang sama juga Encik Hisyam telah menegur mengenai cara pemakaian kami,ada diantara kami tidak mendisiplinkan diri.. Memang sudah diberitahu pada awal kemasukan kami supaya berdisiplin didalam kelas,tetapi malangnya masih ada yang tidak berbuat demikian.. Akhirkata,penggunaan triangular bandage ini hendaklah digunakan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan yang lebih serius dan jika kecederaan ini tidak dapat digunakan dengan triangular bandage pesakit hendaklah berjumpa dengan doktor.. Mengenai disiplin diri dikalangan kami itu,saya berharap rakan-rakan saya akan mendisiplinkan diri mereka didalam kelas.. Saya akan berusaha utk memberi nasihat kepada rakan-rakan saya..

No comments: