Tuesday, January 6, 2009

Minggu ke:2 pembelajaran

Minggu ke:2 iaitu 5 hingga 6/1/2009.. Isnin dan Selasa sesi pembelajaran outdoors kami telah belajar cara-cara utk mengikat tali.. terdapat banyak cara ikatan tali yang harus saya pelajari utk digunakan semasa camping dan digunakan semasa ujian penilaian ikatan.. Ikatan ini bertujuan utk mengenali cara-cara ikatan yang mesti diketahui utk digunakan semasa camping,bukan saja utk bercamping malah utk menyelamatkan orang juga.. Cara ini boleh digunakan semasa mengadakan camping2.. First camp kami akan diadakan di Bukit Cerakah,Shah Alam.. Saya telah ditugaskan utk menjadi ketua biro penempatan bagi semua camping yang kami akan adakan dan pembantu saya bg camping ini ialah Haiqal dan Saidatul Syuhada Darlene.. Bg saya tujuan camping ini diadakan adalah utk memupuk sifat kerjasama antara rakan dan mendisiplinkan diri sepeti menepati masa,berpakaian kemas,hormat-menghormati dan banyak lagi.. Saya berharap rakan-rakan saya mahupun saya dapat menjaga tatasusila semasa berada di tempat camping dan memberikan commitment yang terbaik.. Ingin saya menceritakan pengalaman saya bercamping sewaktu saya bersekolah di Sekolah Sukan Bandar Penawar,Kota Tinggi,Johor.. Saya telah mengikuti program bina semangat yang diadakan di Pulau Sibu,Johor sebelum berlepas/bertolak ke Thailand bg tujuan pertandingan.. Program ini bukan saja program membina semangat semata-mata malah dapat memupuk sifat kerjasama antara rakan kita terutamanya bg sukan berkumpulan seperti bola sepak,sepak takraw,kriket dan banyak lagi. Kami telah menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berkayak,memanjat bukit,berenang dan banyak lagi.. Pengalaman yang saya tidak dapat lupakan semasa berada di sana ialah ketika kami manjalankan aktiviti explo race..kami telah dibahagikan kumpulan sama rata supaya tidak ada perselisihan faham..antaa rintangan yang kami tempuhi semasa aktiviti dijalankan antaranya ialah membuat rakit,pergi ke kawasan kampung,mendaki bukit dan banyak lagi utk mendapatkan jawapan bg soalan2 yang kami terima..inilah dikatakan memupuk semangat kerjasama antara rakan.. pengalaman ini tidak dapat saya lupakan.. Banyak lagi camping yang saya ikuti semasa bersekolah di sana dan camping di pulau tioman itulah antara camping yang paling menarik.. panjang kata jikalau saya menceritakan semua camping2 yang saya ikuti.. Akhir kata,saya berharap agar camping yang akan diadakan ini berjalan dengan lancar dan mengikut waktu yang ditetapkan..

No comments: