Friday, January 23, 2009

Extra aktivity 2

Pada hari Jumaat,23/1/2009 hari terakhir pembelajaran bagi menyambut cuti raya cina kami semua termasuk pelajar perempuan berkumpul distor perkhemahan bagi menyambung kerja-kerja yang hendak diselesaikan untuk di bawa semasa perkhemahan.. Lupa pula ada di antara kami yang terpaksa balik pada waktu itu,jadi bukan semua diantara kami yang hadir semasa menjalankan tugas.. Setibanya saya di tempat berkumpul saya dan syed sobri ditugaskan pergi ke Masjid UITM bagi membuat tempahan Yassin untuk dibawa semasa perkhemahan.. Tujuan yassin ini dibawa semestinaya la untuk dibaca,tetapi yassin ini dibaca setibanya kami sampai di tempat perkhemahan bagi mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku.. seperti mana yang kita sedia maklum bahawa yassin ini adalah jantung bagi ayat suci Al-Quran.. Selepas selesainya tempahan yassin yang dibuat oleh kami.. Saya pergi membantu rakan-rakan kami mengangkat barang ke stor perkhemahan.. Selepas itu,saya dan rakan saya Muizzudin ditugaskan menyelesaikan tempahan kenderaan untuk membawa kami semua ke tempat perkhemahan nanti.. Saya dan Is pergi ke faculti kami untuk berjumpa dengan Encik Hisyam lecturer kami bagi pelajaran ini bagi mendapatkan pengesahan daripadanya sebelum kami pergi ke pusat kenderaan UITM.. Setelah selesai membuat pengesahan kami pergi ke pusat kenderaan,tetapi malangnya pihak kenderaan itu tidak menerima pengesahan daripada kami.. Pihak kenderaan itu mengatakan pengesahan ini tidak sah,cuma ketua dekan kami sahaja yang boleh mengesahkannya.. Kecewa memang la kecewa tetapi nak buat macam mana,sabar sajalah.. Kami pulang ke faculti kami semula bagi berjumpa dengan Encik Hisyam bagi menyelesaikan masalah ini.. Encik Hisyam menyuruh kami datang semula berjumpa dengannya pada hari Rabu semasa cuti raya cina bagi menyelesaikan masalah ini.. Selepas itu,saya dan Is pergi ke stor perkhemahan kami bagi membantu rakan-rakan kami.. Tepat jam 6.45 ptg kami tamatkan kerja kami dengan hati yang tenang,cuma sedikit sahaja kerja yang tidak dapat diselesaikan dan kami terpaksa menyambungnya setibanya sesi pembelajaran bermula semula.. Pada masa yang sama flesi kami memberikan nasihat supaya lebih bekerjasama setibanya mula sesi pembelajaran.. Pengajaran yang saya dapat semasa aktiviti ini diadakan ialah kita hendaklah bekerjasama antara satu-sama lain walaupun berlainan tugasan yang diberi seperti saya biro penempatan.. walaupun saya biro penempatan tetapi saya membantu rakan-rakan saya yang berlainan biro menyiapkan tugasan mereka.. bukan hendak membangga diri tetapi kerjasama inilah yang akan membentuk diri kita lebih bertanggung jawab walaupun berlainan kerja..

No comments: