Saturday, January 10, 2009

Niat yang tidak kesampaian..

Pada hari Sabtu,10/1/2009 pada jam 2.00pm saya dan rakan-rakan saya di antaranya ialah ketua kami Afiq,Saufie dan Saidatul Syuhada pergi ke Bukit Cerakah bagi memeriksa tempat perkemahan dan membuat tempahan bagi tempat yang ingin kami semua berkhemah nanti.. Seperti mana yang diarahkan sepatutnya Haiqal sepatutnya bersama sekali tetapi dia ada masalah yang tidak dapat dielakkan.. Setibanya kami sampai di Bukit Cerakah kami terus menunggu abg flesi yang membantu kami iaitu abg Mus dan abg Nazmi.. sementara menunggu mereka,saya belanja rakan-rakan saya ais cream.. Mengejutkan saya apabila satu ais cream roti ialah RM2.50.. kebiasaannya kalau tidak salah saya satu ais cream roti ialah dalam lingkungan RM1.00-1.50 satu.. Mungkin sudah bertahun lama saya tidak makan ais cream harga sudah naik.. Setibanya abg flesi sampai kami terus bertanyakan tugasan-tugasan yang hendak kami lakukan.. Kami telah mengambil peta dan pamphlet bagi kawasan Bukit Cerakah ini.. dan malangnya kami tidak dibenarkan masuk kerana jika kami hendak masuk setiap seorang hendaklah membayar RM3.00.. Abg flesi mencadangkan supaya kami datang pada hari yang lain.. Kami setuju dengan apa yang mereka cadangkan memandangkan hari semakin gelap.. Saya dan rakan-rakan saya pulang ke UITM dengan niat yang tidak kesampaian..

No comments: