Thursday, March 19, 2009

Extremely experience ..

Pada keesokkan hari nya pula kami bangun dari tidur dan mendapati khemah kami dirobohkan oleh Cik Yazilah kerana tidak ada orang jaga,semua tidur.. Sepatutnya rakan saya yang menjaga sentry pada malam td kejutkan rakan yang lain untuk bertukar sentry tetapi rakan kami yang menjaga sentry pun tidur dengan nyenyaknya.. Dan tak pasal-pasal kena roboh khemah kami.. dengan api pun tak hidup.. Selepas itu kami bangun dan buat api yang baru dan membuat bubur dengan bahan-bahan yang diberikan dan membuat air teh.. Setelah siap buat bubur kami agihkan sama rata untuk makan dan memberikan makanan kami lebihan kepada kumpulan rakan kami yang makanannya diambil oleh instruktor.. Pada petangnya pula Puan.Su datang untuk menyuruh kami menceritakan tentang perkara-perkara pengalaman bermakna kami.. dan saya menceritakan pengalaman saya ketika di sekolah menengah dan semester 1 saya di UITM yang banyak pahit manis.. Selepas itu Puan Su pun pergi dan kami ingatkan selepas menceritakan pengelaman kami dapatlah tamatlah aktiviti ini.. tetapi Puan Su suruh kami tunggu sehingga sesiapa datang untuk membawa kami pulang.. Selepas beberapa minit tunggu tiba-tiba En.Hisyam datang dengan Cik Ayu.. Mereka suruh kami menceritakan lagi pengalaman kami,dan mereka tersilap cakap kerana mereka ingat kami belum menceritakan pengalaman kami lagi.. Selepas itu dengan arahan EnHisyam kami dibenarkan pulang ke khemah pusat kami.. dalam maghrib jugalah kami habiskan aktiviti ini.. Pada malamnya pula kami meneruskan program kami dengan jamuan malam yang disediakan oleh flesi kami.. lama menunggu pensyarah dan instrukror kami untuk makan dan rupa-rupanya kami semua dikehendaki menjemput mereka makan.. Selepas menjemput mereka makan kami makan dengan kerenah masing-masing.. Selepas habis makan kami meneruskan program dengan persembahan daripada kumpulan termasuk flesi.. Kumpulan saya mempersembahan 3 buah lagu yang 2 lagu direka oleh saya.. Ingatkan nak nyayikan sama-sama tetapi malangnya sesetengah je yang nyanyikan.. mana nak kuat...

No comments: