Wednesday, February 18, 2009

Abseiling dan seterusnya mah..




Salam.. Pada pukul 8.30 pagi saya dan rakan-rakan saya tak sabar hendak melakukan aktiviti abseiling yang juga merupakan aktiviti gantian untuk kayak yang ditangguhkan pada minggu depan.. Selepas mempelajari cara-cara abseiling pada kelas teory semalam,kami tidak sabar menjalankan aktiviti ini.. Aktiviti ini dijalankan di Bukit Tonggek UITM.. Pada masa yang sama En.Hisyam menerangkan dan menunjukkan alatan-alatan yang sepatutnya ada semasa menjalankan aktiviti ini.. seperti harness,figure on eight,tali static,halmet,sling,glove,tali dynamic,carabiner dan ascender.. Kami menjalankan aktiviti ini mengikut 3 kumpulan.. Saya merupakan peserta pertama didalam kumpulan saya yang menjalankan aktiviti ini.. kami dikehendaki turun dengan bentuk L supaya lebih selamat... Selepas seronok menjalankan aktiviti dan menamatkan aktiviti ini saya pergi ke unit kenderaan bersama-sama dengan Is untuk mengambil borang kenderaan lagi.. Dan mengambil tanda tangan En.Hisyam bagi pengesahan alatan dan kenderaan UITM.. Kami terpaksa mengambil tanda tangan Timbalan Dekan kami untuk pengesahan kerana mereka hanya ingin kelulusan daripada Dekan atau Timbalan Dekan.. Selepas ambil itu kami terpaksa tangguhkan perjalanan kami ke Unit kenderaan kerana waktu pejabat sudah tutup.. Pada keesokkan harinya pula selepas kelas gymnastic,saya pergi Unit kenderaan semula untuk selesaikan masalah kenderaan.. Selepas selesaikan masalah kenderaan saya settle kan buku log saya.. sekian..

No comments: