Tuesday, February 24, 2009

Kayaking start..

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.. Saya menyuruh rakan-rakan saya supaya berkumpul di stor lama pada jam 6.30 pagi untuk mengangkat barang.. Ini kerana lori yang kami tempah akan tiba pada jam 7 pagi dan saya tidak mahu menghampakan abang pemandu lori ini kerana dia ada tugas selepas itu.. Pada pukul 6.30 kami berkumpul di stor lama untuk membawa barang kayak ke tempat yang sepatutnya bagi memudahkan proses mengangkat barang ke dalam lori.. Tepat jam 7 pagi melakukan kerja-kerja kami dengan teratur berpandukan jadual yang saya sediakan.. Aktiviti ini berjalan dengan lancar berpandukan arahan daripada En.Hisyam dan rakan-rakannya.. kami pulang tepat pada masa berpandukan jadual dan selepas itu saya dan rakan-rakan pergi ke stor lama untuk memulangkan dan mengemas membersihkan barang-barang yang kami pinjam.. tepat jam 5.30 petang kami tamatdan pulang.. sekian..

No comments: