Saturday, February 7, 2009

First camp started.... first day..

Hari pertama kami.. pkol 6 pagi bangun packing barang angkat barang-barang yang dikehendaki dan pergi ke Masjid untuk solat Subuh.. Selepas itu saya terpaksa pergi ke pasar seksyen 6 untuk ambil barang mentah bersama-sama dengan Eddie,Darlene dan seorang flesi iaitu kak Aishah.. Kami beli ikan,ayam,sayur dan buah-buahan bagi melengkapkan makanan kami semasa camping.. Tepat jam 8 pagi kami sampai di Perindu untuk berkumpul dengan budak-budak semua termasuk budak-budak dari instead.. 8.30 pagi kami sarapan dan bertolak ke Bukit Cerakah dan pkul 9 pagi kami sampai.. Kami semua angkat barang-barang ke camp site dan pasang khemah-khemah mengikut kumpulan yang telah diberi.. Saya dan group saya pasang khemah dapur.. Setelah selesai pasang semua khemah kami dibahagikan khemah penginapan mengikut nama-nama yang telah diberi.. Tepat jam 1.45 tengah hari kami solat Zohor dan baca Yasin bagi mengelakkan sebarang parkara tidak diingini berlaku.. dan Yasin ini juga ditujukan kepada Akak En. Hisyam yang telah pergi ke Ramatullah.. Selepas selesai baca Yasin kami lunch dan berkumpul mengikut kumpulan kami bagi menjalankan aktiviti pertama kami mengikut kumpulan.. Group kami dikehandaki malakukan navigation atau dikenali sebagai navigasi... kumpulan kami seramai 12 orang dan dikehendaki dibahagikan 2 sama rata bagi menjalankan aktiviti ini.. Setelah dibahagikan sama rata kami terpaksa meredah hutan mengikut kumpulan yang diberi dan dikehandaki memilih tempat yang sesuai untuk dijadikan place point dengan menggunakan compass dan distant yang dibuat.. Selepas kami siap buat place point kami dikehendaki mencari place point bagi rakan kumpulan kami yang lagi satu.. Selepas selesai kerja kami dan melaporkan sudah tamatnya kerja kami kepada En.Firdaus kami solat Asar,mandi dan bersiap sedia untuk dinner dan solat Maghrib.. Seleaps selsai semua itu kami dataran berkumpul untuk memulakan aktiviti ais breaking dan selepas itu memulakan aktiviti night road.. Aktiviti night road ini dilakukan mengikut arahan yang diberikan.. kata kunci bagi night road ini adalah lori tua.. dan kami hendaklah ingat kata kunci ini untuk dikatakan semasa tamatnya aktiviti ini.. sekian..

No comments: